Thursday, December 29, 2011

Bodoh ke Sombong?

"Bodoh boleh belajar, muka kau macam gajah. Gajah dalam hutan, muka kau macam setan. Setan atas langit, muka kau macam monyet. Monyet atas pokok, muka kau macam rokok. Rokok dalam kotak, muka kau macam katak. Katak dalam air, engkau berak cair"

okay. Benda di atas hanya sekadar ice-breaking aja untuk post ni. Tak ada kene mengena dengan yang masih hidup, tengah koma, nazak atau yang dah selamat dikebumikan.

Gua ada dengar beberapa cerita lah dari teman teman gua. Ada individu individu yang berlagak tau semua, Tuhan duniawi dan nak mengajar orang lain. Bagi gua, tak salah kita nak mengajar. Tapi, biar lah ilmu cukup di dada, dan cara nak mengajar tu biar lah betul. Bukan sekadar cakap ikut logik akal, dan ikut emosi serta nafsu serakah lu orang aja.

Kalau tak bertanya, sesat jalan. Haa, gua saspek lu orang mesti tau kan apa maksud pepatah melayu ni? Laa, takkan lah tak tau. Kata belajar tinggi, masuk universitas sana sini, kolej termahal di dunia, sekolah premier, sekolah pondok dan sebagainya. Takkan satu pepatah melayu ni pun tak tau kan? Kalau tak tau, gua sejes, lu orang gunakan teknologi yang lu orang bergantung ni sebaik mungkin. Okay. Santai.

Contoh Situasi : lu orang tak tau mana datangnya musik musik hadko. Tapi lu orang buat buat tau. Lu orang konfiden, yang hadko takde kene mengena dengan punk. Lepas tu, bila tengok punkers, atau kugiran anak muda punk, lu orang bilang sampah. Memang layaknya gua tolak dari tingkat 16 bangunan KLCC aja lu orang ni kaedahnya.

Gua tak ada masalah kalau lu orang bertanya; "err, kak, nak tanya lah, mana datangnya musik hadko ek? Saya ni, baru belajo. Kalau salah, tolong lah tusyen kan saya" gua akan sedaya upaya, kasi tau apa yang gua tau. Yelah, gua pun mengaku, gua masih banyak bertanya pasal mende alah nii. Tapi takde pulak gua bajet tau main lepas cakap aja kan.

Gua juga tak punya masalah kalau lu orang cuba cuba cari search usha zine zine kat gig gig Rumah Api, atau, cuba tanya pinjam zine zine kawan kawan lu orang untuk gain satu knowledge tentang scene ni. Yang itu gua lagi saspek sebenarnya. Sebab, zine ni juga lah yang kita gunakan dulu dulu sebelum adanya pergantungan 100% kepada teknologi. Kan?

Dan, gua memang tak ada masalah juga kalau lu orang yang pesen memang apa apahal gugel aja. At least, nampak lah effort lu orang. Haa, cuba lu orang search "how to be hardcore for dummies" ada tak? Muahahaha. *Yang itu gua merepek ya.

Gua bukan apa, pada gua, dalam hidup kita, hari hari kita akan dapat satu ilmu baru. Lu orang tengok berita, ada cerita pasal budget 2012, haa, tu kira ilmu. Lu orang jenjalan, pergi makan kat mamak, lu orang tengok cara dia buat roti canai. Itu juga ilmu bagi gua. Ilmu ni ibadah. Dan ilmu ni kita patut kongsi ramai ramai. Bukan simpan dalam poket atau dalam pendrive sahaja kan? Tapi ingat, cara lu orang nak kongsi ilmu tu pun mesti kena gaya lah. Takkan lu orang nak kongsi ilmu tapi niat dalam hati kata " haa, aku pandai, kau bodoh." Pulak. Itu memang gua kasi tumit percuma aja.

Ingat lah, ilmu kita jangan kedekut. Ilmu bukan peperiksaan yang tak boleh meniru bagai. Tapi, ilmu yang hari hari lu orang dapat secara tidak langsung atau secara langsung tu tidak ternilai kalau lu orang tau nilainya. Dan kalau lu orang kongsi ilmu dengan cara dan fakta yang betul, lu orang tahu ganjaran dari Dia tu.





*gua malas nak update banyak banyak sebab pakai talipon bimbit*





Santai sambil bergugel.




dfnheartcore.-

Friday, December 16, 2011

Homo ke Lomo?

Gua ada beberapa teman yang bukan normal. mereka abnormal. bukan tak ada mata, atau cacat pendengaran atau cacat otak atau jari ada 16. mereka cuma abnormal dari segi nafsu mereka. maksudnya kat sini, mereka agak terpesong dari segi nafsu mereka. okay. senang cerita macam gini lah. mereka gay dan lesbian. mereka antara teman teman yang boleh tahan rapat dengan gua lah.

kat sini kalau gua takde teman macam mereka pun gua akan cakap benda yang sama. okay. lu orang kalau tak berminat nak dengar pendapat gua atau dikenali sebagai idea gua atau lebih pemes sebagai sampah yang gua nak tulis ni, gua sejes lu orang tekan button 'x' kaler merah di atas window ni.

homoseksual. apa yang gua faham tentang homoseksual adalah mereka yang mempunyai perasaan atau nafsu ke atas seseorang yang mempunyai gender yang sama. atau lebih dikenali sebagai gay dan lesbian

okay, apa yang gua nak tekan kan kat sini adalah satu golongan yang kononnya menindas mereka yang bersifat homoseksual.

mengikut ugama, homoseksual adalah antara dosa yang paling teruk sekali. yang mana orang selalu bilang "Nabi tak mengaku umat, doh!". Tapi, lu orang pernah dengar tak pasal "Islam itu mudah, Islam itu Indah" ? ada cara cara dia sebenarnya nak tangani masalah ni selain dari tindas mereka ni.

gua taknak masukkan pasal ugama dalam post ni. sebab gua punya ilmu ugama juga bersepah juga.

bagi gua, manusia semua sama. fitrah manusia dijadikan semuanya sama. kenapa kita nak tindas antara satu sama lain? pada gua itu tindakan bodoh sebenarnya. gua bukan nak sokong mereka yang terpesong akidahnya. tapi bila nak fikir fikir balik, akidah gua macam mana pulak? tegak sangat ke akidah gua ni? bila gua belek belek muka gua kat cermin, gua tak rasa gua punya akidah tegak. terpesong jugak. tapi mungkin terpesong dari segi lain. sebab gua rasa, alhamdulillah lah gua masih bernafsu pada lelaki. gua rasa nak mastebet jugak lah tengok lelaki hot. tapi, dari segi akidah yang lain, gua rasa gua hancur. itu kegunaan cermin sebenarnya.

gua sejes, lu orang belek lah akidah lu kat cermin dulu before lu orang keluar kan pepatah pepatah lu orang di laman laman sosial mahupun secara lisan atau pun tindakan lu orang.

biar gua terangkan apa motif post ni.

manusia. manusia ada perasaan. ada hati. bukan manusia je. malah kucing kucing gua, biawak, platipus, burung merak, tapak sulaiman juga punya perasaan. so, tugas lu orang, lu orang bukan saja kena jaga hati dan perasaan lu orang sendiri. tapi, disebabkan lu orang hidup dalam dunia ni bukan sorang sorang, lu orang harus lah jaga hati dan perasaan orang lain. macam lu orang jaga perasaan makwe atau pakwe lu atau jiran sebelah rumah lu atau kak senah janda jual kain batik tu ke. semua lu orang kena jaga. memang manusia tak dapat memuaskan semua pihak. tapi tak salah untuk mencuba. lu orang tak perlu praktis. cuma lu orang kena praktik. lu orang tau tak apa beza praktis dan praktik? kalau lu orang tak tau, gua sejes lu orang pergi gugel atau lu orang tanya kawan lu. gua saspek dorang tau.

so, kaedahnya sama je dengan manusia yang bersifat homoseksual ni. dorang ada hati dan perasaan. cuma nafsu dorang aja ke lain. gua nak tanya. untuk apa lu orang benci dorang? dorang kacau telo lu orang ke? atau dorang ngurat adik lu? atau makwe lu lari ikut pengkid? kalau tepuk sebelah tangan tak akan berbunyi. kalau makwe lu tak layan pengkid tu, die tak lari ikut pengkid tu. mesti lu ada kekurangan yang buat dia tak puas kan? okay, ini merepek. abaikan.

mungkin niat lu orang suci. macam suci dalam debu la. nak benteras homoseksual dalam kalangan orang islam. ye, gua suka semangat lu yang bersungguh sungguh nak benteras tu. gua respek semangat lu orang kat situ. cuma, kadang kadang cara lu orang tak betul. Islam kan indah? *bab homoseksual tak akan lari dari ugama. so gua kena jugak mention. mahap*

memandangkan, memang bab ni tak boleh lari dari ugama, so, gua akan cakap apa yang gua tahu. pada gua, Islam ugama yang paling aman. yang paling mudah, yang paling dijamin semua umat Islam masuk Surga.

Lu orang pernah dengar tak Pelacur masa zaman dulu kala masuk Surga sebab bagi anjing air? Pada gua, lu orang nak ajar orang, bukan dengan menindas mereka. lu orang boleh je tarik dia elok elok ke jalan yang betul kan? dan kalau lu orang alim, baik, suci, gua rasa lu orang akan fikir benda ni. apa kata lu orang cuba berkawan dengan dorang. dorang tak jahat. mereka manusia. Tuhan tu akan kasi secebis kesedaran kalau lu orang ikhlas bagi kesedaran pada mereka ni. Lu orang jangan nak bajet Ahli Surga sangat dengan ayat "Kata takut kiamat, tapi, manusia biasa sendiri seolah olah sokong mereka ni". kalau lu orang perasan, mereka bukan sokong. kalau mereka sokong, gua rasa, mereka da bagi sponsorship untuk buat satu komuniti terbuka untuk homoseksual ni untuk buat parti besar besaran di putrajaya. mereka cuma cuba untuk berbaik dengan mereka dengan memberikan pendidikan ugama yang betul. homoseksual pada gua ni, mereka kurang pendidikan ugama. mungkin mereka tau hukum atau pernah terdengar hukum homoseksual. cuma sebab orang yang mcm lu orang suka tindas mereka ni, mereka jadi memberontak. dan dari situ, mereka akan lupa tentang hukum hakam ni.

okay contohnya macam lu orang nak ponteng sekolah. lu orang tau, kalau lu orang ponteng sekolah, konfirm lu orang kena rotan dengan cikgu disiplin. tapi disebabkan, masa lu orang macam terfikir tentang hukuman rotan tu, cikgu disiplin lu orang lagi nak kasi tekanan pada lu orang, tu membuatkan lu orang memberontak lalu lu orang ponteng jugak sekolah sebab malas dengar cikgu disiplin mencarut. sama lah tu konsep dengan kes homoseksual ni.

dalam kes homoseksual ni, mungkin selain lu orang kawan dengan mereka mereka bersifat homoseksual ni, lu orang juga boleh pergi buat screening pasal buruk padahnya kalau jadi homoseksual. yang mana boleh mengundang siplis dan sebagainya. dah kalau ugama dorang macam tak terfikir sebab bagi mereka hukum dari Allah tu lambat sampai, lu orang cuba dari segi sains atau biologi. mungkin berjaya kan?

pada gua, cara lu orang maki dorang, pulaukan dorang, tindas dorang, buat banner "KAMI BENCI HOMOSEKSUAL" atau edarkan flyers "FUCK HOMOSEKSUAL" baik lu orang gunakan cara yang positif untuk tarik mereka ke arah yang positif kan?

satu je gua nak lu orang bayangkan. sekarang mungkin lu orang punya nafsu ke arah perempuan pakai bikini (bagi lelaki) dan lelaki yang berbulu dada (bagi perempuan). tapi, lu orang pernah terfikir tak, satu hari nanti Tuhan tu tarik nafsu lu orang, Tuhan kasi lu orang konfius dengan nafsu lu orang. ingat, dalam dunia ni, SEMUA ADALAH PINJAMAN. sekarang mungkin lu orang tak nampak apa maksud disebalik PINJAMAN yang gua carutkan ni. tapi, kalau dah terkena kat batang hidung lu, baru lu orang tau macam mana rasa TERTINDAS disebabkan kekurangan lu orang tu.


lagi satu, dunia sekarang memang dah nak kiamat. so, lu orang nak tak nak, kena terima ini semua petanda nak kiamat. gua sejes, lu orang hadap je benda ni selain lu orang guna cara positif untuk tarik benda ni. ingat, lu orang tak akan dapat pahala kalau lu orang bersikap negatif. dengan tak semena mena, lu orang sekali dapat dosa. dosa maki, dosa membezakan status, taraf sesama manusia dengan cara penindasan macam gini. sound agak kurang ajar tapi ni benda betul. Lu orang bukan Tuhan nak hukum manusia. Tuhan je layak nak hukum manusia. sebab tu Pelacur yang bagi anjing minum air tu boleh masuk surga. Dosa/Pahala tu Allah je yang layak bagi kat sesiapa yang Dia nak base on perbuatan orang tu sendiri.


Buang lah sikap homophobic lu orang tu jauh jauh. tak ada gunanya lu orang nak tindas sesama manusia. terutamanya yang claim diri mereka sebagai aktivis, hardcore, anarki dan sebagainya.












santai, sapkoktang.













dfnheartcore.-

Sunday, December 4, 2011

Gua tak ambil peduli.

Satu bumbung, dua rumah. cuba lu orang bayangkan. buruk rasanya kalau ada mcm gitu. apa yang satu bumbung? apa pulak yang dua rumah? lu orang tak faham? meh gua kasi lu orang faham, jelas serta nyata.

kebelakangan ni, semua orang dengar pasal Rock The World kan yang akan berlangsung pada 10dec2011. gua bekobar kobar sebenanyer. sebab ada beberapa band yang gua nak tengok. antaranya, Daarchlea, Mascara Conspiracy dan juga The Azenders. *eh? okay. abaikan yang terakhir tu.

tetibe sewaktu gua lepak dengan beberapa rakan di melawati, timbul satu isu yang membuatkan diri gua terasa paling loser sebab gua tak tau isu tu!

isu apa tu?
dua band berentap nak main kat konsert RTW tersebut. berentap sampai gaduh besar sana sini. gua macam pelik. gua termangu mangu sebentar. terkelip kelip mata gua dengar kan itu. tapi gua senyap je lah. sebab gua rasa gua memang patut senyap. gua tak tau apa apa lah seh! band apa yang dua tu? gua malas nak mention sebab bagi gua, tak penting untuk di-mentionkan.

dorang citer macam macam. sampai last last sekali salah satu band tu tarik diri dari bermain di RTW. baru nak tarik diri? lepas dah jadi itu dan ini baru tarik diri? okay gua taknak komen pasal benda tu. tak penting.

pada gua, kita hidup perjuangkan benda yang sama. iaitu, musik. pergi matilah musik lu orang genre punk ke, skin ke, hadko ke, metal ke, progresif ke. gua tak ambil peduli tu semua. salah ke kita support sama sama untuk naik? mana sifat UNITE lu orang? kalau lu orang bawak genre hardcore, lu orang mesti tau apa itu UNITE. kalau lu orang tak tau, gua sejes lu google translate. kalau tak jumpa, gua harap lu orang naik tingkat 16, bunuh diri.

contoh situasi. lu orang belajar dalam kelas yang sama, subjek yang sama, cikgu yang sama. ada tak lu orang jalani aktiviti berkumpulan? yang mana lu orang kena support each other untuk dapat kata sepakat. bagi gua, konsep tu sama je lah!

lu orang fikir, lu orang main RTW lu orang boleh hidup dengan musik lu orang sampai lu orang mati? gua tak rasa macam gitu. lu orang pergi tanya siti nurhaliza. macam mana dia jadi artis? padahal dulunya dia hanya jual kuih. lu orang dah cukup untung rasanya, sebab lu orang baru setahun jagung, lu orang dah di-invite main RTW. gua saspek lu orang benda tu! lu orang tengok ada band band olskool yang da lama gila dalam scene, baru dapat main RTW. tengok macam mana dorang struggle.

ingat, kalau lu orang nak bertapak lama dalam dunia musik ni, lu orang akan buang perkataan BATU LONCATAN dalam diri lu orang. tak ada konsep batu loncatan, batu lemparan, batu belah batu bertangkup bagai. lu orang kena, wajib, harus, perlu mula dari bawah. tu pun kalau lu orang nak bertapak lama lah. kalau lu orang hanya sekadar nak femes, dapat awek, dapat nama, gua rasa ada eloknya lu orang pergi diri tengah tengah lebuhraya. cepat sikit proses mati tu.

bagi gua. dua dua band ada kehebatan masing masing. yang mana kalau kita lihat, band A dengan kehebatan lagu lagu dorang yang heavy dan masakini dan mmg akan diterima ramai. manakala satu lagi band, mereka boleh tarik orang dengan kemantapan lirik mereka yang siapa siapa sahaja boleh nyanyi. gua salute pemikiran lu orang.

dua dua band pun ada crowd masing masing, peminat masing masing. yang mana dorang akan support lu orang sampai lu orang dah habis main musik. lu orang kalau konfiden dengan crows, peminat lu sendiri, lu orang tak akan rasa nak bergaduh macam gini. apa besar sangat ke show RTW tu sampai lu orang kena bermusuh macam gini? siti nurhaliza tak main pun RTW? *okay, yang ini gua emosi*



cuba lah PROFESIONAL sikit. lu orang tak perlu tunjuk sifat ketidakmatangan lu orang. pada gua, lu orang masih dalam golongan pra-matang yang belum bersedia untuk berfikir secara rasional. kenapa gua cakap mcm gini?

1) kalau lu orang percaya yang rezeki tu datangnya dari ALLAH SWT, lu orang tak akan bertindak bodoh macam gini. lu orang kena ingat. lu orang lahir kat muka bumi ni dari perut mak lu, hasil dari sperm bapak lu lagi, Allah tu dah tulis dah bentuk lu orang punya rezeki macam mana. lepas tu, Allah suruh lu orang berfikir dengan akal pemberianNya. berfikir secara matang, berfikir secara POSITIF. lepas tu, Allah suruh lu orang usaha untuk dapat kan rezeki yang dia tetap kan. mesti lu orang nak cakap "ni tengah usaha ah ni. RTW tu rezeki kot" BODOH! dalam perjalanan usaha lu orang untuk capai sesuatu, Allah tu akan sertakan beberapa dugaan, beberapa halangan untuk nilai lu orang reti sabo ke tak, reti kawal perasaan lu orang ke tak. kalau macam gini sikap lu orang, lu orang tak akan ke mana. rezeki lu orang dapat tu BUTA BUTA. bermati-matian sampai lupa akan kuasa ALLAH SWT. bodoh kan tu?

2) lu orang tak support orang lain. tapi bila nak buat lagu, mesti nak sampai kan mesej supaya kita bersatu, unite bagai. tapi? in fact? lu orang semua bertindak seperti sampah. yang mana lu orang pijak orang lain untuk kepentingan lu orang sendiri. sama juga konsepnya dengan kapitalis. yang mana, mereka ni hanya pk keuntungan diri sendiri sampai sanggup diskriminat, tindas orang lain. bukan nak support. kata SUPPORT LOCAL ACT? *puii!

3) orang baling tahi, kita baling bunga. mesti lu orang nak cakap "melampau kot, menghanjing hanjing bagai kat status fesbuk, dan crowdnya juga melampau bahasa, tak sopan, kurang kelembutan bla bla bla" kan? lu orang tengok Rasulullah. macam mana dia bersabar? macam mana? kalau lu orang tak tau, gua sejes lu orang pergi search kat wiki cerita Rasulullah. kalau lu orang matang, lu orang tak akan balas balik apa yang crowd, atau band lain cakap pasal lu orang. lu orang akan senyum dan anggap itu sebagai satu UJIAN. dan apa yang lu orang kena buat ialah, sabar dan, sabar dan sabar. tu je. lepas tu lu orang buat lah kerja lu orang, post kat 4000 fans lu orang suruh vote. serius benda tu yang akan buat lu orang berjaya satu hari nanti.



ingat, lu orang nak kecapi KEJAYAAN SEBENAR bukan dengan menggunakan sistem batu loncatan. ingat tu. ingat kuat kuat. ingat dalam dalam. simpan, terap, peram, dalam diri lu orang.

gua tak ada isu dengan kedua dua band tersebut. gua bukan tak suka band band tu, tapi gua jugak bukan suka band band tu. apa yang ada depan mata, gua lihat, gua support, gua layan. dan lagi satu, lu orang yang tak ada kene mengena dengan dua band tersebut. gua sejes, lu orang tutup mulut senyap sebelum gua stapler mulut lu orang guna mesin rumput. kalau lu orang rasa suara dorang tak sedap ke, ke laut ke, ke mana mana sekalipun, lu orang relaks je. lu orang tutup telinga, tak perlu dengar. setel. kalau dorang tak ada keistimewaan dia, dorang tak akan ada supporter sendiri. masing masing ada telinga sendiri dan persepsi sendiri. lu orang boleh santai lebih sikit dah.










santai lebih sikit layan youtube.







dfnheartcore.-




Wednesday, November 23, 2011

Tak habis lagi ka, Kawan?


gua percaya semua sudah maklum ah dengan perlawanan akhir liga apa gua tak tau. Mesia versus Endon. haa, amek ko. kemain semua perangai masing masing. yg mesia dengan mesia nye, yg endon dengan endon nye. last last mesia menang. bagus lah. sbb gua kan rakyat mesia. gua kene bangga! #puii.

bangga? bangga kah gua? #puii lagi.

kenapa gua tanya bangga sampai dua kali? nahh, sekarang lu orang tengok perangai masing masing. buruk benor gayanya. yang dengan bbm, dengan bbm nya, yg dekat fesbuk dengan fesbuknya, yg dekat tuiter dengan tuiternya.



PROFESIONAL LAH SIALAN.

apa itu profesional? pada gua profesional tu maksud dia mcm lu orang amek sesuatu perkara dengan matang. lu orang tak perlu lah nak keluarkan perkataan perkataan yang tak sepatutnya, gunting bendera ke, bakar bendera ke, conteng bendera ke, atau baling bomb ke, atau lu orang bunuh semua orang indon ke, atau lu orang edit gambar harimau makan burung garuda ke. tak ada gunanya. lu orang tau kenapa? GAME IS ALWAYS A GAME. and, player dorang adalah GAMER.

gua agak lu orang ni boleh tahan jugak perangai masing masing kaedahnya. gua tertanya tanya lah. kalau lah lu orang nak sangat berbangga dengan mesia, dengan game malam tu, gua boleh konsider lagi. pasal lu orang mmg rakyat jelata mesia yang sangat SETIA TAAT akan perintah RAJA serta PM mesia ni. tapi gua tertanya tanya, termangu mangu terkenyit kenyit bila lu orang maki jugak player mesia. lu tau tak susah main bola tu mcm mana? maki kemain sungguh sungguh lagi. siap buat hastag kat tuiter lagi. gua nampak gua memang tak mencelah. gua malas. sbb tak guna. orang tgh panas. so, gua malas nak panaskan lagi.

gua ada perasan jugak endon bakar bendera mesia bagai. tau kenapa gua biar je. sbb gua tau, mentaliti sesetengah warganegara endon mcm mana. so, macam gua cakap tadi, kita jadi PROFESIONAL. rakyat mesia ni kan semua pandai pandai belaka, hebat hebat belaka, terer terer belaka, berani berani belaka. dan semua yang belaka lah. buat apa lu orang nak tayang kelemahan lu orang dengan buat perangai bebudak mcm gitu? gu faham gua faham. sbb gua pun rakyat mesia jugak. kan da gua kata tadi, gua bangga jadi rakyat mesia #puii! tapi, sbg seorang yang profesional (poyo jugak ayat gua ni), gua tak akan cepat melatah. lu orang boleh kasi ayat baik baik kan? contoh ayat sejesyen gua mcm ;

1)hi indonesian, walaupun kamu bakar bendera tanah air tercintaku, gwe ga akan tergugat kerna gwe tau, Tuhan itu adil. dan Tuhan akan tolong orang yang teraniaya.

2)Takper lah. biar lah mereka nak bakar bendera mesia. tu hak dorang. sebab kita tau, kita kuat. kita tau kita mmg boleh menang. kalau kita ikhlas, Tuhan tolong.

haaa, kan lebih elok bunyinya dari ;

1)babi doh orang endon ni nak bako bendera mesia. sial, pugiwak, lanciau, cipet, anak haram, anjing !@#$%^&*()_+

2)pergi mampus loe endon! ha, amek ko! ko tu bodoh! dah lah busok! haram J betul!

haaa, ini sangat lah tak best weh. lu orang belajar tinggi tinggi, tapi lu orang berpe'el macam adik aku umurnya 12tahun. adoi. kalau kat blog ni ada icon yang tutup mata mcm bekberi gua, gua buat lah seh.

ingat lah kawan kawan, biar org buat kita, kita jangan buat orang. biar orang hina kita, kita jangan hina orang. Nabi Muhammad dulu kene lebih teruk dari lu orang. lu orang tengok Baginda, ada menggelabah ke? cool je kan? lu orang contohi lah sunnah Rasulallah. kahwin 4 nak, benda benda gini lu orang buat buat tak nampak. gua sepuk muka lu saje.

*sebenanye, post mcm gini, layaknya ada cermin. so, kene kat gua balik. bila time game Manchester United, terkeluar perangai buruk gua. muahahaha. takper. kan gua kata. apa yang gua taip kat blog gua panjang2, sebagai pedoman, dan pengajaran untuk diri gua jugak untuk jadi lebih baik.

*post kali ni agak berbunyi kondem orang. tapi gua memang nak kondem pun. sebab annoying sangat ah broadcast lah, status bbm lah, tuiter lah, fesbuk jgn cakap ah. gua jadi stress. sbb gua tak boleh tengok orang rasis2 gini. NASIONALISME!!!



santai sambil tengok bola, pecahkan tv kalau team lawan score!






dfnheartcore.-





Thursday, November 17, 2011

Pavilion Here We Go!



ANTI PAVILLION KL KIDS.

Page yang gua tak sedar kewujudan dia bila. dan gua baru sedar ni hari. gua rasa gua loser kejap. macam biasa. gua tak berminat benda2 page ni sebenanye. tapi photo tu buat gua terdetik kejap. mula mula satu gambar. dan kemudian satu lagi gambar. biasa gua limit sampai dua gambar je memang gua rasa nak tau. so gua view.

gua usha sana sini. okay. gua terus terang, gua tak terniat nak like page tu. atas sebab nanti banyak pulak news feed benda ngarut. so, gua malas. tapi dah alang alang, gua usha sana sini. ya, macam macam lah gua terbaca. status yang menyokong tak kurang yang membangkang. sebagai seorang penulis yang mana gua suka fikir sesuatu benda tu dari sudut berbeza, gua pun mula lah berfikir.

okay. macam gini. biar gua jelaskan apa yang gua faham tentang page komunitas ini. diorang berniat baik untuk membawa anak anak muda ke jalan yang benar. yang mana mereka mungkin nak mengekalkan budaya orang Melayu kan.

okay. so, sekarang gua kasi pendapat gua.
tapi sebelum tu, kalau lah penyokong page komunitas ni terbaca, gua nak lu orang baca ini dulu.

BLOG INI TEMPAT GUA LUAH PENDAPAT GUA YANG MANA GUA TAK KONDEM PENDAPAT LU. MASING MASING PUNYA PENDAPAT. GUA HORMAT PENDAPAT LU, LU HORMAT PENDAPAT GUA. KALAU LU RASA LU TAK BOLEH BLAH, LU BOLEH ADD DI FESBUK GUA, ATAU PM DI FESBUK GUA, DAN MUNGKIN KITA BOLEH LEPAK MINUM TEH SAMBIL BERTUKAR PENDAPAT. OKAY. SANTAI LEBIH SIKIT :)

berdasarkan pemerhatian rawak gua. yang mana kalau gua jenis malas nak baca apa yang diletakkan di ruangan info, dengan pemikiran gua yang tak suka orang tindas orang ni, gua akan cakap, 'BODOH noh page ni' tapi lepas gua baca, dan dengan keistimewaan yang Tuhan bagi pada gua yang mana gua suka berfikir sesuatu dari pelbagai sudut tu, alhamdulillah gua faham.

---> Page ini adalah untuk meng"anti" budak-budak yang suka berkeliaran di hadapan Pavilion. Kenapa kami berbuat demikian? Kerana kami tidak mahu anak dan bangsa kita terjerumus dalam kesesatan dunia & idealogi barat. Kenapa point Pavilion? Kerana Pavilion ditengah-tengah kota Kuala Lumpur. Di sana terdapat ramai pelancong asing yang bercuti dan ibu bapa berstatuskan pendidik melihat ketidak sopanan negara kita, di manakah harus diletakkan Malaysia yang kaya ketimuran & penuh kebudayaan? Segala kerjasama menyokong page ini amat di hargai =) Ini juga demi bangsa rakyat Malaysia. Tanpa kita, siapa lah yang memimpin dan mewarisi budaya untuk masa akan datang sebagai pelapis Agama , Negara dan Bangsa .Malah bukan itu sahaja, kami juga mengambil berat tentang isu negara, keruntuhan akhlak & gejala sosial. Segala salah dan tutur bahasa harap diampun.Think globally, act locally .

Mungkin niat komunitas ini adalah baik. tapi bagi gua, mungkin caranya kurang positif. okay. gua kasi contoh. lu orang nak suruh orang lain beli kitab AKHLAK yang mana menceritakan tentang bagaimana seseorang tu boleh memiliki Akhlak yang mulia. macam mana cara lu orang nak ajak mereka beli?

1)adakah dengan cara begini :-
Bang, mari bang, RM10, RM10, RM10, RM10!!! *jerit macam kat pasar malam*
- kalau macam ni caranya nak jual kitab Akhlak tu, gua sejes suruh penjual tu jual kerepek tak pun buah buahan kat pasar malam.

2)ataupun dengan cara begini :-
Bang, bang, tanak ke beli ni bang? murah je ni bang. RM10 je ni ha. tanak keeee? *nada menggoda*
- yang tu gua sejes suruh dia cari kerja lain lah. jual insurans mungkin?

3)takpun dengan cara begini :-
Bang, kitab ni bagus untuk Akhlak abang. kalau abang rasa abang dah baik sangat, dah boleh masuk syurga, dah banyak amal, bagus lah. tak payah beli pun takpe. kan? *nada sini sambil memerli*
- okay, gua nak lu orang save cara ni dalam kepala otak lu orang kejap sebelum lu orang teruskan baca.

4)cara terakhir :-
Bang, kitab ni bagus untuk memelihara Akhlak seseorang itu. yang mana dia akan mengajar kita untuk menjadi lebih baik. mungkin dalam tak sedar kita lakukan kesilapan. so, dengan buku ni, InsyaALLAH, Tuhan akan terangkan lagi hati abang dengan cahayaNYA. tapi kalau abang tak berminat, tak apa. tiada paksaan *muka senyum*
-apa pendapat lu orang?


kita nak tarik orang ke jalan yang benar, kita kena guna jalan/cara yang benar. gua sokong lah komunitas tu kalau apa yang dalam info tu, dorang manfaatkan dengan cara yang betul. ni pendapat gua aja. terserah kepada komunitas tersebut sebenanye. kalau mereka rasa ada betulnya cara gua, boleh lah dorang ikut. dan kalau dorang rasa cara dorang paling nais, gua tak ada masalah dengan benda tu. gua percaya setiap tindak tanduk ada negatif dan positifnya. kecuali, merogol, membunuh dengan kejap, mengkhianati, mengaibkan orang.

bila sebut anti-pavillion-kl-kids, dekat situ, dah ada unsur unsur diskriminasi dan penindasan serta prejudis. mengapa? sebab,pada gua, pavi tu bukan hanya tempat budak budak pergi, malah org tua macam gua ni pun pergi. gua tak pergi untuk membeli. tapi gua pergi untuk melihat. untuk menyendiri, untuk BERFIKIR. kalau lu orang rasa nama itu adalah yang terbaik, lepas ni gua suspek pavi bankrap. hihik.

tempat lepak - Kuala Lumpur - Hujung Minggu - Budak Sekolah. cuba lu orang bina ayat dengan perkataan diberi (demam SPM) Tempat lepak budak sekolah pada hujung minggu ialah di Kuala Lumpur. okay. gua merepek.

Lu orang kena faham. Kuala Lumpur ni, bukan setakat warga negeri ni je yang menetap. malah, dari segala pelosok negeri. semua 14 negeri dalam negara ni ada dalam KL ni. yang mana lu orang dah tersangat maklum. KL adalah tempat lu orang cari rezeki. tak kira dalam apa jua bidang. macam gua sendiri. gua bukan asal kl. gua orang JB tapi gua merantau cari rezeki. PAVILLION,BUKIT BINTANG,TIMES SQUARE. yang mana tempat tempat tu yang paling pemes kat KL ni tempat kunjungan budak budak.lu orang tengok pulak kemudahan dia. Monorail, Tren, Bus, dan ditengah tengah kuala lumpur. so, memang senang ah cite dia bebudak ni nak keluar berfoya foya hujung minggu.dorang bukan ada lesen kereta atau motor. nama pun budak sekolah.

lu orang kena ingat. lu orang pernah jadi budak sekolah. adatlah tu. kalau lu orang tak macam tu dulu mungkin sebab lu orang jenis yang ulat buku, tapi lu orang mesti ada kenalan rapat yang jenis nak berjalan berkawan apa semua.

terus terang gua cakap, gua pun benci tengok budak2 sekolah tu. ye lah, sekolah lagi dah hisap rokok, bawak anak orang keluar, dating sana, dating sini. gua pun tak mcm tu dulu. (sebelum menengah 3) gua memang tak suka. tapi gua tak terfikir pulak nak buat mereka tu macam tu. pada gua, gua suka musik. yang mana musik yang gua dengar bukan lah dubstep, atau r&b atau kpop. gua suka dengar musik hardcore yang mana kandungannya padat yang membuatkan kepala hotak gua berfikir. so, kalau nak ikut cara gua, mungkin gua akan cuba rapat dengan mereka. tegur pinjam lighter, dan kemudian, ajak mereka ke event DrugFree. gua suspek dorang akan hormat gua. sebab, gua pernah banyak kali macam gini. kira, gua gunakan minat gua, sebagai tarikan untuk gua tarik dorang ke jalan yang positif. dan ada yang gua berjaya, ada yang gua tak berjaya. lu orang nak orang hormat lu orang, lu orang kena hormat orang dulu.

haa, kira bila kat sini, berbalik pada contoh lu orang yang nak jual kitab tu. kalau lu orang customer, lu orang bandingkan cara yang ke3 atau yang terakir? kalau gua customer gua nak yang cara terakhir. ikhlas sikit diri gua kan. bila ikhlas, gua dapat pahala, org yang jual pun dapat pahala. (kalau situasi ni, komunitas tu dpat pahala, bebudak tu pun, dapat jalan, cahaya utk ke jalan yang betul)

oh, lagi satu, mungkin ada dari beberapa aspek, gua punya susunan ayat, gua punya perkataan nampak kurang ajar. sebab gua nak tunjuk macam mana cara gua menulis. kira ni salah satu cara gua. tapi tak semestinya gua akan berbual dengan orang lain gua-lu. cuma untuk menulis, gua lebih selesa menggunakan gua-lu. gua tak suka kondem orang, tapi tegas dalam pendirian gua, tegas dalam pendapat gua dan dalam masa yang sama, gua hormat pendapat orang lain. gua cuma manusia biasa. homosapien seperti kamu semua. yang mana, tak sempurna :)

so, bagi penyokong komunitas tersebut, lu orang did a great job, tapi cuma, lu orang jangan lah nak masuk gambar budak budak tu. dosa aibkan orang. gua tak berapa tahu dosa nya besar mana. gua suspek lu orang lebih tau sebab lu orang kan seorang yang kuat ugamanya lebih dari gua yang masih melakukan pelbagai dosa ni. so, pada gua, gua susah nak cakap pasal dosa pahala ni. gua suka pendam pasal dosa pahala ni sebab gua tahu, diri gua pun tak betul. :))



lagi sekali, ni cuma pendapat gua secara rawak. gua tak kondem,anti sesiapa. kita hidup di MALAYSIA YANG BEBAS! So, pada gua, gua rakyat yang bebas nak suarakan pendapat gua. *puuihhh!*



santai sambil lepak depan pavi sebenanye buat gua berfikiran lebih mendalam.






dfnheartcore.-




Wednesday, November 16, 2011

Ini PRON bukan PORN!


Bulan november. mungkin bulan berlucahan sedunia. gua agak lu orang semua perasan tentang fesbuk baru baru ini. penuh dangan gambar lucah (rela hati) di News Feed lu orang bukan?

gua scroll, ternampak satu perempuan yang tak memakai baju dengan menampakkan buah dadanya dan hanya memakai spenda putih. gua buat bodoh.

gua scroll lagi, kali ni gua ternampak seorang perempuan bertudung, tapi mengangkat baju beliau sehingga menampakkan buah dadanya. gua view. tapi bukan dengan niat gua nak layan sorang sorang dalam toilet (ingat gua lesbian?) tapi dengan niat, gua nak tengok komen.

yang itu maki, yang ini maki.
yang sana maki, yang sini maki.
baik lelaki, baik perempuan.
komen gua pada orang yang komen adalah ringkas dan padat iaitu BODOH. kenapa gua bilang dorang ni bodoh? gua beberapa sebab gua sendiri.

1) gua tertanya tanya, kenapa ada orang yang nak komen gambar tu jugak? kalau tak suka, jangan tengok. disebabkan lu orang komen, gambar tu terus naik kat news feed. BODOH bukan?

2) gua agak lelaki yang komen tu, dia dah layan beberapa jam sebelum tu. atau pun terus bukak porn, lancap kejap dan kendian, komen maki maki tunjuk baik. BODOH.

3) lu orang nak lecture budak tu bajet lah budak tu baca. baik lu orang pergi letak notice, sambil gambar beliau ditempekkan ke atas kertas tu, tulis WANTED with REWARDS. dan lepas jumpa budak tu, lu skolahkan je la. so, takde ah naik kat news feed. BODOH lagi

4) lu orang bajet baik sangat kan? lu orang tak pernah tengok porn ke? lu orang nak cakap porn yang lu orang tengok tu mat saleh atau jepun atau afrika atau anime? habis lu orang bukan melayu muslim ke yang dok natap porn tu lepas tu masuk jamban? BODOH TAHAP MAKSIMA

5) lu orang pernah terfikir kenapa ada gambar mcm tu? tak kan? BODOH BODOH BODOH!


cukup lah gua rasa lima sebab utama je.

okay, kat sini gua bukan bermaksud nak back up budak yang dalam gambar tu. biar gua ulaskan kat sini.

bagi pihak budak dalam gambar tu, dia memang jenis yang cetek ilmu, percaya kat bf/scandal sangat sangat, sanggup buat apa aja demi lelaki tu, dan lain lain. dia memang salah kat situ. itu hal dia dengan Tuhan. dia kena seksa kat dalam kubur ke, jalan pakai kepala kat padang mahsyar ke, masuk neraka terus ke, itu hal dia dengan Tuhan. lu orang tak perlu tunjuk baik lah nak nasihat budak tu kat situ bagai, maki, boikot budak tu bagai. itu tak profesional nama dia. kalau gua kenal budak tu, gua tarik dia. gua sokong dia. bukan sokong suruh buat lagi. tapi gua bagi sokongan moral bahawa setiap manusia melakukan kesilapan, melakukan maksiat. tak kira maksiat dari segi mata/pergaulan dan lain lain.

so, lu orang pun sama (termasuk gua) spesis hidupan yang melakukan dosa dan maksiat. lu orang santai satu corner sudah tak payah banyak bunyi, tak payah buat perangai malaikat.

okay. itu budak tu. setel.

ni pada pendapat gua. gua tak fikir budak tu amek gambar mcm gitu nak upload kat fesbuk. mesti ada benda tak kena. biasanya gambar macam gitu, dia dikhianati sama ada gambar tu di-fotosop mahupun gambar tu disebarkan oleh bf/exbf/scandal/exscandal. gua juga tak agak benda tu utk simpanan. sebab gua rasa macam tak perlu je nak simpan gambar macam gitu dalam talipon bimbit kan. dan gua juga buat apa yang gua belajar iaitu SEMIOTIK iaitu baca gambar. (tak perlu kot ulas panjang panjang maksud semiotik tu. lu orang boleh seach kat gugel) Bagi gua, budak tu kalau nak letak kat tenet, gua tak agak dia nak amek gambar muka. kan? kalau lu orang. nak letak gambar tetek, lu orang letak ke muka lu orang? kecuali lu orang Pornstar seperti Lisa Ann.

so, lu orang tetap nak salahkan minah tu? kenapa lu orang perlu salahkan dia seratus peratus? kalau tepuk sebelah tangan, lu orang ingat ada ke bunyi? kalau ada pun bunyi angin tak ikhlas.

perempuan. selalu jadi mangsa. perempuan secara klasiknya, memang bersifat naif, bersifat percaya dan mungkin terlalu percaya, bersifat cepat cair dengan pujuk rayu seorang lelaki. mesti lu orang nak cakap "Perempuan tu bodoh sangat. cepat sangat percaya" memang perempuan bodoh pun. gua mengaku. sebab gua perempuan. tapi kenapa perempuan tu percaya? sebab sayang. bila perempuan yang tak setia, dicap perempuan tak guna, pelacur, bohsia, sundal, jalang dan sebagainya. bila terlalu setia sampai bagi apa yang laki tu nak akibat terlalu setia dan sayang, lu orang bilang dia bodoh? gua suspek, individu berpewatakan gini biasanya suka berfikir terlalu negatif kepada sesuatu yang positif dan terlebih negatif kepada sesuatu yang negatif. selain tu, org macam gini, biasanya bersifat prejudis terhadap sesuatu perkara serta tidak adil.


lelaki. selalu mengambil kesempatan keatas kebaikan perempuan tu. kasi ayat sampai cair, dah boring cari perempuan lain, memantat, lepas tu carik point gf tu, then break. bila pompan tu maki maki laki tu, terus kasi ugut nak letak gambar bogel kat tenet. wadafak? MAN IS ALWAYS BE A MAN. tu je yang gua mampu cakap. lu orang belajar agama. yang mana lu orang tau kan nafsu lelaki ke mana?

sudah sudah lah bersikap prejudis terhadap sesuatu benda yang kita tak tau hujung pangkal. sudah sudah lah bersikap sexism. sudah sudah lah bersikap berat sebelah dengan menyalahkan satu pihak. sudah sudah lah lu orang pakai topeng setan tu. lu orang pun busuk macam dia jugak. gua pun busuk mcm lu orang dan dia juga.

yang penting, lu orang cuba lah amek satu situasi tu, lu orang pusing dia dari semua aspek. tak kira negatif dan positif. jangan lah fikir negatif aja. insyaALLAH lu orang takkan ke mana.




santai, isap rokok, layan blue.
muahahahaha!






dfnheartcore.-



Thursday, November 10, 2011

Sekolah.



Gua ada terbukak buku dari penulis Ivan Illichi; Why We Must Disestablish School. Gua sempat baca dua muka surat aja dari buku tu. Sebab gua ngantok. Gua baca masa gua duduk duduk dekat ofis si pacar.

Lantas, gua terfikir. Apa jadi kalau gua tak pergi sekolah? Bukan gua. Apa jadi kalau memang tak ada sistem persekolahan dalam dunia ni? Adakah kita akan still menggunakan sistem barter? Atau, kita akan berdagang, naik kapal ke sana ke mari untuk cari rezeki? Ini bukan pasal duit. Dah kalau tak sekolah, macam mana wujudnya duit, bukan?

Gua terfikir lagi. Macam mana kalau sekolah hanya untuk mereka yang berkerabatkan diraja atau pun anak anak sultan sahaja layak ke sekolah? Kita sebagai rakyat biasa macam mana? Adakah akan dikerah menjadi petani, nelayan,buruh, gundik, tukang bersihkan rumah, tukang kipaskan raja dan sultan? Kalau kita tak ada sistem persekolahan (untuk rakyat biasa) adakah kita akan tau membaca, menulis, atau melukis?

Terlalu banyak persoalan menari nari dubstep dalam palotak gua sebenanye. Tapi untuk gua tulis semua persoalan dalam palotak gua ni, gua agak tu satu benda yang tak releven serta memualkan. So, gua rasa, tidak perlu.

Sekolah. Bangun pagi, mandi, pakai uniform, pergi ke sekolah. Pukul 10, rehat, makan. 1030 masuk kelas. Gua nak kongsi. Gua kalau kat kelas, sejak gua masuk menengah, gua akan buat buat fokus, gua akan tidur, selain gua berangan, ataupun gua akan menconteng buku. Gua tak fokus apa yang gua belajar. Sbb gua memang cepat hilang fokus. Kerja rumah, 30%. Aja lah yang mampu gua siapkan. Itu menunjukkan gua seorang pelajar yang malas paling true.

Gua dah besar besar, bila dah tinggalkan zaman kegemilangan sekolah, baru gua terfikir. Untuk apa mak gua hantar gua pergi sekolah? Gua bukan pandai pun. SPM gua satu aja A. Mungkin masa disekolah rendah gua agak rajin. Sebab gua disogok dengan hadiah UPSR. Mak gua janji nak belikan walkman (time tu pakai kaset). So, gua belajar betul betul dan gua dapat walkman tu. Masa tu jugak, gua tak pandai cintan cinton serta cabut sekolah dan sebagainya.

Kos pergi ke sekolah. Untuk seorang anak. Dari tadika, sampai ke menengah 5. Gua anggarkan, tadika, setahun mencecah RM3K lebih. (Ni gua amek paling minima) untuk darjah satu sampai 6, gua anggarkan kosnya dalam RM6K. Dan menengah 1 sampai 5, gua anggarkan dalam RM5K. So, total bersih untuk seorang anak adalah RM14K. Darab dengan 3org (adik beradik gua), RM42K. Itu tak termasuk makan minum, duit belanja harian.

Kasihan rupanya mak bapak gua. Struggle nak carik duit utk sekolahkan anak anak dia. Tapi anak anak dia semua stok2 cabut sekolah. Acanee?

Alhamdulillah. Walaupun keluarga gua tak kaya, tapi diorang mampu sekolahkan gua dan adik beradik gua. Cuba bayangkan, orang orang yang miskin. Anak ramai. Ibu tunggal, atau bapa tunggal. Macam mana mereka nak tanggung kos sekolah ni? Apa yang kita boleh buat utk tangani masalah ni? Kasi derma? Berapa org sangat yg dapat? Bersamamu? Hanya yg terpilih sahaja.

Ada tak terfikir untuk buat satu sekolah utk org org yang tak mampu? Mungkin akan ada, tapi sama kah sistem pembelajaran mereka dengan sekolah sekolah primer, atau sekolah sekolah yang menggunakan duit lebih utk dibayar? Gua berani jamin, TIDAK. Bagi gua, tak perlu rasanya org org tertentu utk bayar bil lektrik bangunan pencakar langit, atau icity atau putrajaya, atau apa apa sahaja. Baik lah dorang ni tubuhkan satu sekolah disetiap negeri, atau daerah. Bayar lah gaji pekerja (guru, pekebun, kantin, dll). Mana cogan kata 'Rakyat diutamakan, pencapaian didahulukan'? Puiii! Bila cakap tu, tolong buat, please?

Sesiapa yang mengundi undi tu, usulkan lah perkara ni. Tolong hentikan sikap pentingkan keuntungan dan harta diri sendiri. Tidak perlu mendominasi rakyat sebegitu rupa. Bila budak tak pegi sekolah, kerja susah nak dapat. Nak pegi sekolah, tak mampu, jadi pengemis kena hina, bila menganggur cakap pemalas. Cuba fikir negatif tu dari sudut yang positif sikit.




Santai sapkoktang pegi sekolah.
*gua tulis pakai hp. So, tak boleh masuk gambar*




dfnheartcore.-

Wednesday, November 9, 2011

Komunikasi Dua Jalan kah?



Kapitalisme : Kapitalisme merupakan sistem ekonomi dan sosial yang cenderung ke arah pengumpulan kekayaan oleh individu tanpa gangguan kerajaan dan bermatlamatkan keuntungan.

Gua harap lepas lu orang baca maksud Kapitalisme yang gua petik dari gugel ni membuatkan lu orang faham.

Seperti biasa yang mana kebanyakan blog gua, gua tulis lepas gua bincangkan sesuatu benda dengan orang lain. dan gua luahkan dalam bentuk penaipan. Semalam sementara gua lepak lepak kat mamak kat Gombak tunggu budak band gua datang untuk jamming, gua berbual dengan pacar gua dan rakannya.

Kapitalis. Kapitalis tu tak akan hilang di Negara ni. bukan sahaja negara malah gua rasa satu dunia kot. Lu nak buat apa tanpa kapitalis? lu kasi tau gua sekarang? mungkin lu boleh survive kalau lu orang tak gunakan kapitalis kapitlis ni. lu orang mungkin boleh bercucuk tanam di belakang rumah lu atau rumah Pak Abu. kemudian, lu orang usahakan sawah padi yang kecil untuk lu seorang. lu orang buat setail orang dedulu lah gitu. masa zaman batu. kalau ada orang mcm gitu, gua respek! dia punya sifat ke-tidak-gantung-an tu sangat tinggi.

tapi, gua percaya, mungkin sampai gua mati, gua tak akan jumpa orang mcm gitu. macam mana caranya lu orang nak fak fak kapitalis? takkan dengan memanggil kapitalis tu ke bilik tunehotel yang berharga serendah RM9.90 satu malam tu kendian lu orang fak dia? salah caranya. gua ada terdengar pacar gua ni bilang. kita tak boleh hilangkan mereka ni. tapi, kita boleh gunakan mereka.




haa, itu positifnya dari negatif kapitalis ni. kira lebih kurang macam two way communication lah. (erkk?!) contoh terdekat. gua, bekerja sebagai Recruitment Consultant. kalau lu orang rasa lu orang nak carik kerja, lu orang boleh aja campak resume ke muka gua (kalau tak kena campak balik kat muka lu orang dah kira beruntung) gua boleh cuba carikkan lu orang kerja yang mana gua boleh campak lu orang punya resume ke arah klien gua. Selain tu, contoh lu orang kerja kat Pos Laju. Apa fungsi dia? lu orang cuba pk, lu orang ada label, tak pun kawan lu orang ada label, lu orang boleh dapatkan harga pekerja atau kalau nak kasi free pun lagi nais untuk menghantar stuff stuff ke kustomer. betul tak?

banyak lagi sebenarnya. yang mana kalau gua nak tulis kat sini, gua punya kerja tak jalan. haa, ni antara salah satu advantage ni yang gua buat. yang mana gua boleh update blog, selain gua boleh online, untuk setelkan kerja gua (yang lain), kerja kerja carik orang sana sini, email sana sini. gua guna free ni babe tenet ni! lu orang taknak ke? HAHA.

Pada gua, kapitalis ni kalau kerja dia nak kaut keuntungan semata mata, kita pun buat lah jugak. keuntungan untuk diri kita yang diambil untung. haa, faham tak gua mencarut apa? harap harap lu orang faham lah eh.









Santai! (gua malas nak naip banyak banyak)





dfnheartcore.-




Thursday, November 3, 2011

X FACTOR.





apahal gua upload gambar ni?
gua straight edge ke?
haha. tak lah.
gua nak lambang X tu je sebenanye.



semalam gua berbual di IM fesbuk dengan rakan gua. rakan gua bekerja sebagai penyanyi dan penari. atau lebih senang dikenali sebagai Artis. gua tak payah sebut nama dia kat sini sebab kang nanti orang kata gua ni belagak pulak kawan dengan artis. apa yang gua bangga dengan rakan gua ni, ialah walaupun dia bekerja sebagai penggiat seni tanah air, tapi pemikiran dia sangat dalam. dan pada gua, dia seorang yang critical thinker juga.dia bukan punk. dia bukan arnacho. dia bukan seorang hardcore. dia juga bukan seorang aktivis. tapi, gua salute cara pemikiran dia.


semalam dia ada tanya gua. gua tau tak apa maksud x faktor tu. gua tak tau. danny xfactor gua tau lah. hihi. dia terangkan gua maksud xfaktor tu agak lama lah. sebab gua ni ada simpton lembab serta lambat.

x faktor ni sebenarnya satu karakter lu orang yang mana buat lu orang dari negatif ke positif.
mcm biasa,

CONTOH SITUASI:

gua seorang penyanyi jalanan yang mana gua akan busking di bb setiap malam minggu. gua suka tengok band Meet Uncle Hussin.dorang sangat berjaya. gua usha je dorang ni. cara dorang menangani masalah yang terjadi dalam band mereka. contoh, ada konflik dalam band tersebut. kawan gua ni marah ahli kugiran dia sebab konflik tersebut. lepas tu bla bla bla, ter-fixed lah konflik band tersebut. jadi okay balik.
(ni rekaan semata mata)

gua ni pulak, seorang yang tak reti nak marah. gua lebih suka tegur secara elok. yang mana gua akan slowtalk dengan orang tersebut. tanya akan masalah dia, apa yang tak kena, dan cari jalan penyelesaian. itu cara gua.

maksud gua kat sini, gua tak boleh ikut cara orang lain untuk selesaikan masalah untuk berjaya seperti orang tersebut. itu tak menjamin apa apa. malah bagi gua, benda akan jadi lebih buruk. setiap orang punya X FAKTOR tersendiri. yang macam gua ada mention tadi, gua seorang yang tak reti nak marah. haa, itu X FAKTOR gua. itu karakter gua. X FAKTOR kawan gua yang kat atas tadi pulak, dia lebih suka marah marah kendian cari jalan penyelesaian.

gua tak boleh nak ikut X FAKTOR orang lain, untuk jadi berjaya seperti mereka. Tuhan tu dah letak satu X FAKTOR yang berbeza dalam diri setiap manusia. dan itu adalah mereka, cara mereka.

agak agak lu orang faham tak apa yang gua membebel ni? gua baca baca balik, gua sendiri rasa macam tak cukup penerangan gua. okay, macam gini. lets make it as simple as ABC (eceh, gua nak sepiking pulak)

X FAKTOR ni bermaksud karakter dalam setiap orang yang mana berbeza dari orang lain. Karakter ini lah yang akan membantu menyelesaikan masalah dan menjadikan seseorang tu berjaya. Karakter inilah yang akan menjadikan sesuatu yang negatif kepada positif. X Faktor ni bukan lah sesuatu karakter yang pelik. tapi itu ialah satu cara tersendiri orang itu sendiri.

okay. dah faham? penat gua mengayat. lepas ni gua da boleh bukak web dfanpedia.com


so, point gua kat sini, lu orang dinasihatkan, (bukan lu orang sahaja, gua nak nasihat kat diri gua sendiri yang serabut ni jugak) carik X FAKTOR masing masing. bukan ikut cara orang lain yang kononnya boleh buat lu berjaya, yang boleh buat masalah lu hilang sekelip mata, yang boleh kasi lu jalan penyelesaian. senang citer, lu takyah tiru cara orang ah. kan setel tu.

gua percaya, kalau lu orang percaya pada X FAKTOR lu, lu orang akan rasa, lu sebenanye beruntung jadi diri lu. sebab itu lah keistimewaan lu yang di beri oleh Tuhan.







santai sambil dengar lagu Jangan pisahkan - X FAKTOR.







dfnheartcore.-







Marjinal - Boikot.

Gilanya tradisi yang ada didunia ini
Siapa yang kuat dialah yang berkuasa
Berlomba-lomba tuk mengincar-incari mangsa
Jika manusia tak kenal lagi manusia

Jilat-menjilat itu mah sudah biasa
Tikam sana tikam sini dan siap memangsa
He……hei tai asu
Yang menjadi srigala tuk manusia yang lainnya
Manusia semakin gila

Yang kuat menguasai yang lemah dikorupsi
Yang kaya semakin kaya yang miskin semakin miskin
Yang pintar membodohi yang bodoh dibudayakan

Boikot boikot budaya yang memiskinkan
Boikot boikot budaya yang merusak
Boikot boikot budaya yang memiskinkan
Boikot boikot budaya yang merusak

He…………hei tai asu
Saling menghisap jilat-menjilat saling injak-menginjak
Rampas-merampas tak pernah puas jadi semakin buas

Manusia semakin tak isi


Semenjak, dua menjak tiga menjak dan bermenjak menjak, playlist gua memang Marjinal aja. gua suka setiap lagu mereka. yang mana liriknya sangat membuat gua terasa, merasa, dan berasa.

tadi gua terbacar blog Tukar Tiub. ada satu post tu. gua suka. gua baca gua sedih. post tu gua ada share kat fesbuk kalau lu nak tau pasal apa. terus gua dengar lagu ni. sebab lagu ni macam kena dengan situasi gambar tu. yang mana gua juga belajar untuk semiotik. gua taknak ulas apa apa. tapi apa yang pasti, gua setuju 100% dengan post tersebut. thanks Tukar Tiub. gua respek lu. ini serius. *tangan cekak pinggang*

pada sesiapa yang tak kenal Marjinal, lu orang boleh dengar lagu lagu Marjinal. tapi gua agak mesti semua kenal mereka ni. kalau ada yang bilang mereka ni sampah, akanku suruh mereka tu sendiri makan sampah. hehehehe.








santai sambil isap Pall Mall yg tak sedap.





dfnheartcore.-






Tuesday, November 1, 2011

Homosapien

Gua adalah Manusia.
Manusia adalah seperti lu, lu dan juga lu.
Tidak beza, semua sama

Biar gua letakkan maksud manusia dari laman terkenal Wikipedia

Manusia dapat diertikan berbeza-beza menurut biologi, rohani, dan istilah kebudayaan, atau secara campuran. Secara biologi, manusia dikelaskan sebagai Homo sapiens (Bahasa Latin untuk manusia bijak), sebuah spesies primat dari golongan mamalia yang dilengkapi otak berkemampuan tinggi. Dalam hal kerohanian, mereka dijelaskan menggunakan konsep jiwa yang bervariasi di mana, dalam agama, dikaitkan dalam hubungannya dengan kekuatan ketuhanan atau makhluk hidup; dalam mitos, mereka juga seringkali dibandingkan dengan bangsa lain. Dalam antropologi kebudayaan, mereka dijelaskan berdasarkan penggunaan bahasanya, organisasi mereka dalam masyarakat majmuk serta perkembangan teknologinya, dan terutama berdasarkan kemampuannya untuk membentuk kelompok dan lembaga untuk dokongan satu sama lain serta pertolongan.

Sebenarnya, kalau gua tak letak maksud manusia kat sini pun, gua agak lu orang mesti tau apa itu Manusia.

Persoalannya. Kenapa gua letak maksud Manusia kat sini?
Setelah gua baca berkali kali maksud Manusia dari wikipedia ini, gua tak perasan pulak yang dia ada tulis Manusia dikelaskan mengikut pangkat, harta, rupa paras, ketinggian, berat badan, atau pun kadar tumbesaran tubuh badan.



Bagi gua, kita tidak perlu memulaukan si dia itu kerana si dia itu kulitnya coklat, rambutnya ikal mayang dan bewarna hitam. Perlu ke kita tidak mengendahkan si dia itu hanya hidungnya penyek serta matanya sepet? Perlu ke kita mensisihkan si dia yang berkulit gelap, bernandek serta berambut kerinting? tu jawab sendiri.




Bila gua teringat tempat kerja gua yang lama, gua terfikir. kenapa masih ada perbezaan ras? tak cukup kah dengan apa yang telah berlaku? gua tak ada jawapan tu. sebab benda tu dah wujud sejak gua belum kenal dunia. malah belum lahir lagi pada masa tu. jadi, secara seriusnya, gua tak tau apa motif utama mereka mengkategorikan manusia.

cuma disebabkan blog ni gua reka memang khas untuk pendapat gua, gua rasa, gua tak perlu takut untuk men-suara-kan pendapat sebagai seorang individu yang kuat memerhati.

Satu Malaysia.
bermaksud, menyatukan segala kaum yang ada, tak kira kaum apa, bangsa apa, agama apa. gua suka benda tu. pada gua, bila Satu Malaysia tu dilancarkan, gua rasa akan habis dan terhapuslah diskriminasi ras. tapi, kenapa gua masih nampak lagi?

ni semua sebab gua tiba tiba ter-KLMJ (Kenangan Lalu Mengusik Jiwa) tentang tempat kerja gua. sebelum ni gua bekerja sebagai kuli menalipon orang untuk menjual insurans. gua pulak jenis pergi kerja, buat kerja gua, kalau mengantuk, tidur, balik. gua jenis malas nak mengambil bahagian dalam politik kompani lama gua. sebab gua malas. gua tak suka politik. politik tu tak kira dari segi apa. politik di kompani mahupun politik negara. politik ni pada gua banyak propaganda, dan drama. Yang mana kalau gua bukak tv3 (rumah gua tak ada astro) memang sikit lebih kurang lah. meleleh leleh air hidung selain dari airmata gua ni kalau tengok drama.



apa yang terjadi?

gua anggap ni sebagai satu pengajaran lah eh?

watak watak.
A- berpangkat manager berbangsa A.a
B - berpangkat assisstant manager berbangsa B.a
C - berpangkat bawah sikit dari assisstant manager berbangsa B.a
D - berpangkat bawah sikit dari assisstant manager berbangsa B.a
E - berpangkat bawah sikit dari assisstant manager berbangsa A.a
F - berpangkat bawah sikit dari assisstant manager berbangsa A.a

apahal banyak sangat watak dan perwatakan ni? dah macam SPM dah gua tengok.


gua malas nak cakap mana gua dapat tau benda ni. gua dengar sekali gua biar. umpama masuk telinga kiri keluar telinga kanan. dua kali gua dengar, gua maintain lagi dengan perumpamaan tu. 3 kali gua dengar gua serabut. terganggu kerja gua. kerana gua mula merasakan tak mengecapi kepuasan bekerja. 4 kali gua dengar, gua menyibok selidik.


manusia yang berbangsa B.a tu, nak jatuhkan semua yang berbangsa A.a. sebab, B tu nak jadi manager. manager pulak berbangsa A.a yang mana lain bangsanya dari diri beliau yang berbangsa B.a. masa interview pekerja baru, sesiapa yang berbangsa A.a akan jadi isu. Si B taknak amek. sbb katanya boleh ke, mampu ke? padahal ada diantara mereka mempunyai pengalaman hebat dalam bidang kerja tersebut. yang mana orang seperti gua ni, dia tidak yakin sbb gua tak ada pengalaman bekerja. E dan F ni fight gila babi dengan B sebab nak amek gua kerja. (E adalah kawan gua.) last last 2 lawan 1, mana boleh menang brader. dia tak puas hati gila lah. tapi bila gua buktikan gua boleh, gua dapat kerja tu.

tup tap tup tap, bila gua start issue dengan B, gua makin bengang lalu mengadu nasib kat E. E pun kata, yang B tu nak pangkat. sbb tu kalau perasan, semua yang berbangsa A.a, ditindas, ditolak, lalu diberhentikan secara tibe tibe atas alasan tak memuaskan. gua hairan. gua pelik. dan gua lagi bertambah konfius bila gua dengar yang B ni amek D ni bekerja tanpa dia ada pengalaman langsung dalam bidang tersebut. -.-" D ni pulak kawan C ni. haa. complicated kan? haa, kalau lu orang rasa mcm tu, gua ni yang berada dalam sinetron ni lagi gua tak faham. yang penting gua gaduh teruk sebelum gua blah dari kompani. sebab dia tak kasi gua merokok. padahal orang lain lek lek gamps je pergi merokok. memang tak releven reason gua. tapi tu bukan sekali gua kena. malah berkali kali.

selain dari diskriminasi ras yang memecahbelahkan manusia, pada gua ada lagi sebab sebab lain yang menyebabkan manusia berpecah belah. iaitu pangkat.

apa ada dengan pangkat?
makin besar pangkat lu, makin besar gaji lu.
makin besar gaji lu, makin sukahati bapak lu.
pantang tok nenek gua 16 keturunan orang pandang rendah terhadap pekerja biasa.
contoh pekerja biasa yang selalu didiskriminasi adalah
pembantu pejabat,
pembuat kopi di pejabat
pencuci tandas
pengangkut sampah
pencuci bangunan.
dan sebagainya.

lu tau tak betapa berjasanya mereka ni pada lu orang. cuba bayangkan tak adanya mereka ni? siapa nak angkat sampah? siapa nak cuci tandas? siapa nak cuci bangunan? siapa nak failkan dokumen dokumen projek 16juta lu orang? siapa nak buatkan kopi lu orang masa meeting?

pada gua, ada hikmahnya kenapa Tuhan ni spesifikkan kepandaian manusia.
contohnya, macam, kalau lu orang semua amek ijazah, belajar tinggi 16ratus tingkat, luar negara bagai, siapa nak buat kerja remeh temeh? ade ke yang ada ijazah dari Universiti Oxford nak bekerja sebagai pencuci logi di taman taman perumahan? ada ke yang ada ijazah dari Universiti Melbourne nak bekerja sebagai pengait kelapa sawit? kalau ada btau gua. gua nak berkenalan. kalau untung2 jadi boifren gua, gua memang bersyukur habis.


lu orang dah besar panjang. dah berbulu atas bawah. dah mumayis. dah boleh beza yang mana elok dan tak. yang mana tau bezakan tu dan tak praktikkanya, mcm gua ni, itu isu lain. elok kasi pukul satu kali kat kepala. elok lah tu. (gua manusia paling layak kene cenggitu rasanya). tolong ah, jangan pandang hina dekat individu yang bekerja biasa biasa seperti itu. respek sikit. lu orang pk apa jadinya kalau tak ada mereka tu.

gua lahir dalam keluarga susah. bapak gua buat landskap dan kadang kadang buat teksi. mak gua kerja biasa aja kat tadika. abang gua kerja sebagai juruaudit di cawangan Johor Bahru. adik gua masih belum bekerja. tahun 2012 baru masuk menengah 1. gua pula bekerja sebagai Recruitment Consultant yang mana makan gaji hari hari dengan majikan. tapi gua tau, kalau gua usaha, gua akan dapat lebih dari ini. Gua tau macam mana jadi orang susah. sebab tu gua tak suka orang rendah rendahkan pekerja biasa. gua pantang. mungkin lu tak faham sebab lu orang hidup senang. tapi lu orang kene percaya pada untung dan rugi yang akan dipunya oleh setiap individu dalam dunia ni.

so, lu orang pk lah apa motif utama gua tulis post ni.







teruskan santai sambil menghirup udara segar bugar.












dfnheartcore.-




Monday, October 31, 2011

Marjinal - Negri Negri

Lihatlah negeri kita
Yang subur dan kaya raya
Sawah ladang terhampar luas
Samudera biru

Tapi lihatlah negeri kita
Yang tinggal hanyalah cerita
Cerita dan cerita, terus cerita…

Chorus:
Pengangguran merebak luas
Kemiskinan merajalela
Pedagang kaki lima tergusur teraniaya

Bocah-bocah kecil merintih
Menghabiskan waktu di jalanan
Buruh kerap dihadapi penderitaan

Inilah negeri kita
Alamnya kelam tiada berbintang
Dari derita dan derita menderita…

Sampai kapankah derita ini
Yang kaya darah dan air mata
Yang senantiasa mewarnai bumi pertiwi

Dinodai
Dikangkangi
Dikuasai
Dijajah para penguasa rakus

Dinodai
Dikangkangi
Dikuasai
Dijajah para penguasa rakus






dfnheartcore.-

Friday, October 28, 2011

Kumis, Kempis, Kemis.


Si Pengemis Jalanan



Si Pengemis yang handsome, pemalas nak carik kerja.









Apa kena gua update pasal pengemis? siap letak gambar banyak banyak. Haa, tadi gua berbual pasal makanan. gua bersyukur. hari ni gua dapat lunch nasi, berlaukan ayam, kentang dan sambal belacan. walaupun gua makan sampai menangis nangis akibat kepedasan, tapi gua tetap bersyukur.

gua teringat tentang pakcik pakcik yang mengemis atau bahasa sopannya meminta sedekah di kaki lima sekitar Masjid Jamek. setiap hari gua lalu situ, setiap hari gua nampak pakcik pakcik tu. gua sedih. ada satu pakcik tu, gua tak tau dia sakit apa. kedua belah kakinya teruk. gua tak tau macam mana dia berjalan.

gua rasa macam nak belikan makanan kat pakcik tu hari hari. gua bukan nak tunjuk gua baik. tapi gua bayangkan bapak gua yang kat situ? memang menitik siak air mata gua. gua ada mak bapak. gua bukan orang senang. gua faham macam mana susah carik duit. tak senang jugak untuk meminta sedekah. lagi lagi kepada pakcik pakcik yang sakit sakit tu.

gua prihatin terhadap peminta sedekah mcm tu. tapi persoalannya, kenapa gua tak boleh nak bertindak buat apa apa? gua keliru. gua hanya mampu keluarkan seringgit dari dompet gua untuk menderma. itu je gua mampu sbg rakyat. tapi persoalannya lagi,mana pihak yg sepatutnya memantau benda ni? mana? nak cakap gomen ni byk keluar duit utk kemudahan rakyat, gua rasa, tade ah sgt. lrt station pun tade kipas, jalan lubang sana sini, traffic light masih rosak, masih ada setinggan, apenye nak tolong rakyat mcm gitu? setakat amek duit rakyat, tipu tanah org asli gombak, rampas tanah rakyat, itu je yg dorang ni mampu agaknya.

gua taknak sentuh hal politik. sebab gua memang tak suka hal hal politik yang pada gua banyak propaganda. gua nak cakap pasal pengemis.

manakah prihatin pihak pihak tertentu? kenapa dorang taknak buat pemantauan? dorang boleh angkut semua pengemis pengemis tu, yang tua, letak kat rumah orang tua tua. yg kanak kanak, letak dorang kat rumah anak anak yatim, didik mereka secukupnya. yang muda bergaya dan masih kuat untuk bekerja gua sejes, sekolahkan mereka. pemalas nak mampus. boleh carik kerja nak mintak sedekah. sepuk muka lu saje je.

gua teringat dulu (KLMJ) gua pernah kena marah dengan ex gua sebab gua suka derma kat budak2 kecik mintak sedekah. dia kata budak budak tu diupah. ya, gua tau. sebab gua pernah tengok cerita sinetron. tapi gua juga tau efek dorang kalau dorang balik tak ada duit. dorang tak dapat makan, dorang kena pukul. gua tau gua tak mampu nak tangkap dalang bodoh kiwak tu. gua hanya mampu tolong budak tu dari terselamat dari hukum dunia si dalang pukimak tersebut. itu je yang mampu lah kan.

mana pihak yang bertanggungjawab?

kalau tolong orang kat Bersamamu tu, kemain lagi nak expose kat tv.canang sana dan sini. kasi tv, kasi motor sebijik dua. perabis duit macam tu buat apa? kalau macam tu, semua lah nak masuk Bersamamu. Yang miskin miskin, makan siput babi bagai tu, memang lah lu orang patut bagi bantuan. tapi apa yang gua nampak, lu orang bagi kemewahan sedangkan, ada yang lebih memerlukan. tu haa, yang tepi tepi jalan tu. siapa nak jawab? acik lu nak kasi jawab? nak suruh dorang mati kat tepi jalan? baru nak angkut? gua sebenarnya ada sikit kemaluan lah, sebab lu orang pun tau, Malaysia ni banyak juga tourist yang datang, dan kalau dia jalan jalan, penuh pulak di kaki lima pengemis pengemis? mcm mana? apa yang nak dibuat?

buat I-City, kononnya tarikan pelancong. nak jadi mcm winter sonata lah tu. ni ha, kasi clean dulu kaki lima tu. baru buat benda lain nak tarik pelancong. ini kaki lima pun bersepah pengemis sana sini, habis duit kat benda tak berpekdah. gua rasa macam nak kasi satu kali backhand je kat pihak yang sepatutnya mengambil tindakan tapi tiada langsung inisiatif utk membuat perubahan. pergi mati jauh jauh!

gua tak ada niat nak kondem.

tapi lu orang cuba fikir. sekarang lu orang hidup senang. kalau tak berada pun, mampu. cuba satu hari nanti, tiba tiba "Qunfayaqun" Tuhan tarik balik kesenangan lu orang. lu orang pulak duduk tepi jalan tu mengemis. tak pun mak pak lu yang duduk tepi jalan tu.mesti terdetik kat hati lu orang kan? mana badan badan kebajikan yang kena buat pemantauan? padahal apa yang gua nampak, dorang duduk kat Masjid Jamek tu tempat terbuka. bukan tepi tepi lereng bukit, atau di persisiran pantai untuk minta sedekah. MUSTAHIL dalam setahun, tak ada satu orang pun dari badan kebajikan lalu kat situ kan? mesti ada punya. gua berani kerat jari kelengkeng kaki gua lah kalau tak ada.

gua harapkan lah. gua harapkan pihak tertentu, tolonglah buat sesuatu untuk tolong dorang. kalau lu orang ni jenis yang fikirkan keuntungan sendiri, lu orang fikir lah, lu orang kosongkan peratusan pengemis jalanan, lu orang jugak yang untung. lu orang dapat nama kan.kalau itu yang lu orang mahukan.

gua harap, duit hasil jualan cincin berharga puluhan juta tu, bukan untuk lu orang pergi holiday kat satu dunia, tapi untuk tolong orang yang memerlukan.

ingat, kemewahan lu, kuasa lu, tak akan lama. percaya dengan KEWUJUDAN ALLAH SWT.






pada gua, pengemis tu bukan santai. dorang nak makan lah, bodoh!







dfnheartcore.-

Monday, October 24, 2011

MAKE FUN OF PEOPLE? FUCK YOU.



FUCK YOU.
maaf. bahasa gua memang macam gini. gua tak mintak lu orang suka untuk baca blog gua. tapi apa yang gua bakal taip ni, sangat penting dalam kehidupan setiap manusia. PENTING dan sangat sangat PENTING dalam kehidupan seharian manusia.

BODOH. Apa maksud bodoh sebenarnya? pada gua, bodoh ni adalah satu makian yang mana, orang tu tak tau apa apa, lalu kita maki dia sebagai bodoh. atau pun, sekadar make fun pada orang lain dengan ke-tidak-tahu-an beliau.

KURANG BIJAK. Apa pulak maksud kurang bijak? kurang bijak ni pada gua, ada sama dengan bodoh. tapi bahasa dia lebih sopan. tapi, kurang bijak ni lebih sikit pengetahuan dia dari Si Bodoh.

KURANG PENGETAHUAN. Apa maksud kurang pengetahuan ni? gua agak lu orang mesti tau punya nak ulas apa maksud kurang pengetahuan ni. pada gua, kurang pengetahuan ni maksudnya, ada benda yang seseorang tak tau. contoh dalam subjek Science Form 3, Bab 4 (bab Reproduction) gua memang lemah sikit pengetahuan gua dalam bab ni. eceh. haha!




MANUSIA TIDAK ADA YANG SEMPURNA. TIDAK ADA.
gua ulang serta besarkan sikit font nya,
TIDAK ADA!!!


gua bengang kalau orang make fun gua. gua tak sempurna (seperti ayat diatas tadi). ada benda yang gua tak tahu. ada benda yang gua blur. ada benda yang kalau lu orang tanya, gua akan buat muka selenger atau lebih famous dengan muka seposen. mesti lu orang tertanya tanya serta tak faham apa yang gua cuba sampaikan kan? okay. gua olah dia dalam bentuk situasi. yang mana akan jadi lebih jelas.

SITUASI

gua ni memang boleh dikatakan jenis yang lambat,lembab,loading,pending,lagging dan sewaktu dengannya. senang citer pengetahuan am gua memang 30% aja gua rasa. lembap kan gua? gua pedulik hapa! gua bercita cita tinggi nak keluarkan sebijik motor NOUVO LC. tinggi kan cita cita gua? haa, tu lah, lu orang tak tau semangat gua berkobar kobar. (satu kelemahan gua, suka meleweh kalau nak becerita)
so, nak buat full loan bagai memerlukan payslip. seperti biasa lah kan?
gua percaya majikan gua mesti ada payslip tu. tinggal lagi, gua nak mintak je lah kan. then, gua tanya mamat ofis gua. yang mana gelaran gua pada dia mamat kelabing. sbb dia memang mamat kelabing.

gua tanya dengan cara yang elok.
"eh, kite memang ada payslip kan?"
apa yang dia buat, dia boleh gelak, sambil mengulangi,
"hahaha, nak payslip? hahaha"
gua sabar. gua tanya lagi.
"kenapa? tak ada ker?"
reaksi seterusnya.
"hahahaha, ada. ahaha. cuba lah mintak boss. die nak payslip (sambil gelak gelak)"
gua punya darah dah naik. gua pulak jenis yang kalau dah nak datang bulan memang tak boleh kawal emosi gua.

dengan itu, gua diam. gua sure, gua akan tanya majikan gua. so, gua biar aja. tetibe ada satu lagi mamat india ofis gua baru masuk. then mamat kelabing ni boleh bantai cakap dekat mamat india tu,
"eh, dia nak payslip."
pastu mamat india tu gelak je lah. pastu gua macam menyirap ah. gua tanya dia,
"apahal? kita ada payslip ke takde?"
pastu dia kata,
"adaa (sambil gelak gelak bodoh)"
gua dah panas telinga. mamat india tu sengih je. dia suruh tanya majikan gua. then gua macam dah blur tau tak. situasi dia, ada something gua tak tau, dorang tau tapi taknak btau, tapi buat gelak gelak depan gua. gua menyirap kot. last last, gua cakap ah,
"kalau ada benda yang i tak tau kasi tau je lah. tak payah nak make fun kat orang mcm gitu" terus gua blah, pegi merokok.

okay. itu situasi gua. yang mana gua tak boleh nak kawal emosi gua nak meletup tadi. gua pk dalam ofis je. kalau tak, makan tengking jugak mamat tu. lepas gua balik hisap rokok tu, mamat kelabing bodoh tu gerak isap rokok. last2 mamat india tu yang terangkan kat gua.


TAMAT SITUASI GUA.

sekarang gua nak kasi pendapat gua.


memperlekehkan orang, mempermainkan orang, menjatuhkan air muka orang, memperbodohkan orang. ayat nampak lain. maksud semua lebih kurang.

mcm gua cakap tadi. manusia tu tiada yang sempurna. gua tak sempurna, lu orang tak sempurna. masing masing ada kelebihan, kepandaian sendiri. yang pandai ajar orang bodoh. yang bodoh, tanya orang pandai. baru lah hidup ni harmoni.
sama jugak lah konsep dia dengan magnet (post yang lalu) negative dengan postitive, positive dengan negative. baru boleh ngam.

ni lu nak tunjuk kerek kat orang yang lagi bodoh dari lu pun tak boleh blah jugak. lu kena ingat. skang mungkin gua yang jadi bodoh.sbb gua mengaku, gua bodoh, dan sebab tu lah, gua bertanya. gua bukan BODOH SOMBONG. kalau malu sesat jalan. gua tanak sesat, tu gua tanya. tapi gua macam rasa gua salah tanya orang yang mana gua tanya kat abang cashier yang sombong, bongkak nak mampus yang menjawab sambil memperlekehkan orang.

contohnya macam

"Bang, saya nak tanya, macam mana nak pergi ke KLCC? sy naik motor bodoh je bang, skang sy nak kene pergi sana."
jawapan beliau macam gini
"Haa? kau nak pergi KLCC? Naik motor? HAHAHA!" (ketawa berdekah dekah sambil pegang perut)
"Kenapa? jauh ke bang?"
muka abang tu tahan gelak sambil menjawab.
"Haha, tak ada lah jauh. Hahahaha!" **tapi tak menjawab soalan**

haa, apa pendapat lu orang?

pada pendapat gua, ada dua jalan abang tu boleh jawab kalau malas nak btau direction.


satu:
Jauh sikit dik. kalau adik nak pergi naik motor boleh, tapi tu lah, jauh.
dua: Tak tahu lah dik. (teruskan buat kerja)

haa, kan senang?
tak ada lah lu orang rasa diri tu LOSER sangat mengadap orang yang memperlekehkan lu orang kan? lu orang perlekehkan orang, sama jugak lu orang amek perasaan dia, lu orang lenyek dengan lori SAMPAH.


pada gua, lu orang tak boleh nak perlekehkan ke-tidak-pandai-an orang lain. sebab lu orang kena selalu letak diri lu orang dalam kasut orang lain. lu orang bukan hidup untuk kumpul musuh. lu orang hidup untuk kumpul kenalan, supaya otak lu orang berkembang. kalau cara lu orang macam gini, perlekehkan orang sana sini, lu orang lah sebenarnya LOSER sebab nya, satu hari nanti, gua berani kelar tangan gua yang orang tak suka kawan dgn lu. gua berani lah!

lu orang kena ingat. orang lain ada perasaan. macam lu punya perasaan tersebut, begitu jugak dengan orang lain yang. sekering kering seseorang tu, gua yakin Tuhan tak akan lupa letak secebis perasaan dalam diri hamba Dia. so, lu orang tak boleh lah suka hati mak pak lu aja nak buat orang lain macam tak ada perasaan. memang lu orang nampak benda tu remeh. tapi gua nak lu orang letak diri lu orang dalam situasi tu. lu yang kena macam tu. macam mana lu nak ungkap perasaan lu kalau lu berada dalam situsi tu?


ingat, Tuhan tu MAHA ADIL! dunia memang tak adil. tapi Tuhan tu adil. apa lu buat, lu dapat. apa lu dapat lu buat. gua tak cakap gua baik. mungkin gua pernah terbuat benda ni dulu. so skang jadi kat gua. ataupun skang gua kena, nanti nanti gua buat orang. haa, itu gua tak tau lah kan? wallahualam.


ingat lah. Kerana mulut badan binasa.








tengah santai santai tetiba ada orang gelak kan lu. macam mana?
**post kali ni banyak bermain dengan dialog**








dfanheartcore






Thursday, October 20, 2011

Pre-judge.


CURRY PUFF a.k.a KARIPAP
apasal gua letak gambar karipap kat sini?
gua nak lu orang teka, dalam dia kentang ke sardin?
haa, tak tau kan kan kan kan?



gua bukan apa.gua tak suka orang judge gua mahupun orang lain.jangan lu orang tengok budak ni pakai santai je mesti dengar lagu Shafel tak pun lagu kelabing. mana tau dia dengar lagu Maher Zain ke? gua ada satu kawan ni. yang mana dia seorang activist yang agak berjaya dulu. dia memang seorang peminum. tapi gua salute dia, dia seorang yang solat 5 waktu. ni gua tak tipu.berlaku depan mata gua. dia tak mention gua.tapi gua tengok sendiri.gua taknak cakap pasal niat dia.sbb itu antara dia dgn Tuhan.lu orang pun tak ada hak nak cakap pasal niat dia.

pada gua, kalau lu orang tak kenal seseorang tu lagi,lu orang tak boleh judge dia.tau tak judge tu apa?ikut kamus dewanbahasa Judge tu Hakim.maksud gua kat sini, lu orang tak boleh menghakimi seseorang tutanpa usul periksa. ada ke lu orang tengok kes kes jenayah, suspek kene tangkap je terus kene gantung? mesti ada perbicaraan, mesti ada siasat menyiasat semua dulu kan. ye ah. sendiri ingat ah kan.paling simple, kalau lu, lu pakai seksi seksi, sosial bagai, tapi lu tak smoking tapi tetibe cakap lu ni mesti smoking mesti ah lu bengang kan?

sama lah konsep dengan karipap kat atas tu.lu nak beli karipap kat warong tepi jalan tu, lu usha je dia, tak guna gak. ada baiknya lu tanya dia
"ni karipap sardin ke kentang eh kak?" so, lu tau lah apa inti dia, dan lu decide nak beli ke tak lepas tu lu buat kesimpulan sedap ke tak. haa, tu rasanya lebih memadai kan? baru lu kenal karipap tu mcm mana.


gua nak kasi SATU situasi kat sini.

Situasi

cuba lu bayangkan. lu keluar dengan seseorang ni, yang mana lu mmg tak berapa kenal dia. contact jarang, apatah lagi nak lepak. so, lu amek keputusan, lu terima ajakan dia utk melepakkan diri disebabkan terlalu semak mungkin. lu pakai apa yang lu pakai, mcm biasa.
tapi beliau sewenang wenang nya judge lu sesuka hati dia. apa pk lu?

gua nak tekan kan kat sini.
pakaian, musik yang didengar tak melambangkan seseorang punya attitude. habis lu ingat gua dengar lagu R&B gua ni kaki kelabing lah? lu ingat gua dengar lagu Hardcore, gua ni jahat ah? lu ingat gua pakai skirt, gua lemah gemalai lah? lu ingat gua pakai jam tangan casio, serta ber-handphone bekberri, gua pk nak bergaya aja lah?

pakaian dan fesyen. itu tak menjadi masalah bagi gua. fesyen akan sentiasa menjadi ikutan. bukan cemen mata OAKLEY ye kengkawan. maksud gua, dengan gadget gua, dengan cara penampilan gua, bukan gua nak cakap gua trendy. habis takkan gua nak pergi kerja pakai baju tidur acik lu? apekebodoh sangat lah kan? itu hanya luaran yang mana itu sekadar memenuhi tuntutan nafsu kite sebagai manusia. duit gua, sukati gua lah kan? bukan gua mintak lu pun. gua tak ada isu dengan orang yang berfesyen. malah gua suka tengok. tapi kadang kadang pesen yang pelik pelik tu, terdetik lah dalam hati gua "ape pasaan budak ni tengok cermin" tapi sekadar itu sahaja lah. gua tak sesuka hati tengok dan claim "oh, budak ni pakai mcm budak budak zaman sekarang. mesti tak MATANG ni" apa kene mengena lah seh?
kasi gua sepuk kepala lu sekali gua puas hati.

musik. musik lagi satu. gua dengar semua jenis musik. dari musik musik kegemaran gua seperti musik berunsurkan Hardcore sampailah ke HipHop dan R&B, sampai lah lagu Stacy, lagu Siti Nurhaliza, Bumiputra Rockers, Amy Search, dan banyak lagi. music is unlimited. gua tak kesah lah apa apa musik sekalipun. asal kan gegendang telinga gua boleh terima tu da memadai. Jangan nak sukati bapak je kalau gua cakap gua layan R&B, lu orang nak cakap gua tak MATANG. adoii. mana lah lu letak hotak lu ni. habis mak gua lek je dengar lagu Avenged Sevenfold, mak gua tak matang ah?

gua rasa benda ni paling tak releven sekali dalam hidup gua.gua nak tergelak pun ada.



lu orang elakkan lah, kalau boleh, lupuskan terus sikap pre-judge orang tu. first impression tu gua tak kesah. setiap orang ada first impression. yang mana, die tengok orang tu, akan mendorong kepada nak kenal atau tidak. apa kata lu orang simpan je lah kan first impression. jangan sewenang wenangnya nak claim benda tu macam itu dan ini.


mcm gua post kat fesbuk,
The cover doesn't tell the stories, AT ALL!





tgh santai santai tetibe ada orang cakap gua beach girl. acanee?





dfnheartcore





Tuesday, October 18, 2011

Kau bukan Tuhan!


sejuk hati gua setiap kali tengok gambar bayi.
ye, gua mengaku gua memang nampak ganas
nampak rock
tapi, gua tetap seorang perempuan
gua tetap ada naluri keibuan
gua tetap ada nilai kasih sayang.



Baru baru ni kita dikejutkan dengan berita yang mana seorang gadis 16tahun melahirkan seorang bayi diasrama beliau. disebabkan teman lelakinya tidak mahu bertanggungjawab, beliau membunuh bayi tersebut dengan mengelar bayi tu sehingga ususnya terkeluar.

kasihan, kasihan.


apa pendapat rakyat tentang berita ni?
aku nak suarakan pendapat aku sebagai rakyat.

satu.
kesalahan pertama beliau adalah melakukan seks diluar nikah. yang mana gua taknak ulas benda ni. pada gua, seks luar nikah adalah perkara yang terlalu tidak asing lagi dalam dunia sekarang. walaupun perkara tu salah sama sekali. ya. salah.
kesalahan kedua beliau adalah membunuh bayi tersebut dengan kejam. yang mana, gua sure, lu orang mesti keluarkan ayat ayat seperti
"kau dah buat salah, main tak nikah, pastu sampai mengandung pastu kau bunuh baby tu. sumpah kejam!"
atau
"apa ke bodoh sangat pompan ni? kalau taknak jaga, bagi lah kat orang lain. kau takde hati perut ker?"
atau pun
"babi, sial, lancau, pukimak, tak sekolah, gampang, sumpah pelacur bla bla blaaa"

dan sewaktu dengannya.

dua.
persoalan persoalan yang bermain dekat fikiran gua
"kenapa dia buat bayi ni mcm gini eh?"
"tak kesian ke kat bayi ni?"
"apa perasaan dia masa dia bunuh bayi ni?"
"kenapa dia boleh jadi kejam mcm ni?"

itu yang terlintas kat kepala hotak gua.

tiga.
pada gua, ya, memang beliau melakukan kesalahan yang berat. paling berat. apakah salah bayi tak berdosa tu? ya. memang takda salah apa apa pun. tapi gua rasa, setiap manusia melakukan kesalahan.

LU BUKAN NABI.

lu tak suci jugak. sama macam individu lain. semua manusia tak akan lepas dari melakukan kesalahan, kesilapan walaupun sekecil mana pun silap tu, ia tetap silap. lu jangan nak bantai maki je minah tu.
umur minah tu 16tahun. masih muda, masih sekolah, masih bawah tanggungan ibu bapa. gua pelik. kalau minah tu betul betul jahat, kenapa dia tak gugurkan aja dari awal?
lu orang tak ada kat tempat dia. lu orang tak rasa macam mana derita dia tanggung. lu orang pk lah. da la duduk asrama. mcm mana nak sembunyi kandungan tu? lepas tu, dah lahirkan, boifren lari. apa dia nak buat dengan bayi tu? lu orang ingat dia tak dapat tekanan ke? lu orang kena ingat, tekanan tu, bila terlampau tertekan, macam macam perkara boleh jadi. lu orang tak pernah rasa. sbb mungkin lu orang bernasib baik. bernasib baik sebab kalau main, pancut dalam pun tak pregnant. mandul mungkin. tapi mana tau minaa tu dia main pancut luar tapi nak sangkut jugak kan? itu memang satu kesilapan bagi dia ah. sape suruh main tak pakai kondom kan?

semua org dah nampak, terang terang mmg minah tu kejam, jahat, perangai mcm pukimak, main tau, jaga tak tau. tapi lu orang ada perasan tak mana boifren dia pergi? apa yang lu orang nak ulaskan tentang jantan tersebut? kalau lu orang boleh pre-judge minah tu, kenapa lu orang tak pre-judge jantan tu? kenapa? mungkin sebab ayat yang akan terkeluar dari mulut lu orang adalah "lelaki kot. main mcm mana pun senang die lepas tangan. siapa suruh pompan tu jadi bodoh" ayat yang mcm gitu gua berani cakap ayat yang paling FAKTAB pernah gua dengar. hanya kerana jantan tu seorang lelaki, dan hanya punya kote tapi tak ada rahim, beliau layak dilepaskan mcm tu sahaja? gila Sexism lu orang ni!

lu orang yang menyalahkan minah tu 100% dan terlepas pandang tentang jantan tak guna tu, gua berani maki mulut lu orang macam PUKIMAK. sebab lu orang tak adil. lu orang tak adil untuk biarkan beban/tekanan kepad minah tu sahaja. macam mana terjadi kandungan tu kalau sperm jantan tu tak masuk dalam rahim minah tu?

LU BUKAN TUHAN!

ingat, lu tak layak untuk hukum minah tu. biar hakim yang jatuhkan hukuman dunia pada minah tu. hukuman akhirat serah pada Tuhan. cukup dengan tekanan dan beban yang dia tanggung selama hampir setahun menjaga kandungan, dicaci, dihina, dikeji. disambung pula dengan hukuman yang bakal dia tanggung yang mana akan dijatuhkan oleh Hakim or sesiapa berkenaan. kita sebagai rakyat yang prihatin haruslah bagi sokongan, dorongan dan bimbingan agar minah tu jadi lebih baik. pimpin tangan dia ke jalan yang benar. kalau lu orang suci sangat, suka suka hati mulut lu nak pre-judge minah tu, lu pimpin tangan dia, ajak dia jadi suci mcm lu orang. tu lagi baik kan? dari lu nak maki tak bertempat.

lu tak pk ke? kalau dia berani bunuh bayi tu, mungkins satu hari nanti bila lu orang keep maki minah tu, dah besar dia balas dendam. dia bunuh ahli keluarga lu ke, boifren lu ke. lu tak pk ke efek serta impak dari apa lu hukum dia? ingat. dia masih muda. jiwa muda. jiwa memberontak. protes. kalau kita tak lembutkan hati dia, siapa lagi? dan lebih worst lagi, lu orang maki maki dia, hina hina dia, tetibe die tak maafkan lu, dia bunuh diri. lu orang nak ke dihantui oleh benda yang lu orang cakap tu?

Islam itu mudah.
Islam itu indah.
Allah SWT tu maha Pengampun.

cuba lu orang tengok magnet.
negative dengan negative menarik ke menolak?
kalau lu orang tau apa yang dia buat tu negative, lu orang guna cara postive.
baru dia tertarik.
bukan negative yang disogok dengan negative.


ingat, kita bukan Tuhan nak hukum manusia.
sebagai manusia yang kononnya suci lah sangat tu,
lu orang patut doa kat Tuhan banyak banyak agar budak tu
jumpa jalan yang benar, diterangkan hatinya, serta dimaafkan oleh Allah SWT.
itu cara yang betul.
bukan menunding ke-sepuloh jari lu orang pada orang lain.













lu orang bukan peng-santai yang tegar kalau lu orang pre-judge orang.









dfanheartcore