Tuesday, April 17, 2012

Mansuhkan PTPTN?

Tidak perlu rasanya nak mansuhkan PTPTN tu. Pinjaman PTPTN tu bagus sebenarnya kerna skim tu menolong anak anak muda yang kurang mampu seperti gua. Dan mungkin juga berguna untuk mereka yang datang dari golongan kurang mampu macam gua juga.

Tapi, persoalannya, mcm mana nak bayar balik kalau bunga dia lebih kemain?

Pengalaman gua.

Abang gua masa masuk study kat Kolej Lagenda tu, dua bulan je dia buat pinjaman PTPTN. lepas tu dia batalkan sebab dapat MARA. tapi, sampai sekarang sangkut. first surat dari PTPTN datang berjumlah RM2000. err? dua bulan kot. takkan sampai RM2000? dan surat tu datang beberapa bulan lepas pinjaman dibatalkan. Apebenda tu?

Tak salah sebenarnya pinjaman PTPTN. gua anggap niat mereka baik untuk bagi pinjaman. cuma, pada gua, bunga tu tak payah la teruk sangat. Melampau. dah macam riba' dah.

contoh la, mereka yang sambung study. Tak semuanya yang bernasib baik. dia belajar bagai nak rak, tapi kalau tak ada rezeki juga, nak buat mcm mana? pinjaman menimbun, tambah bunga pinjaman pula tu. tak bunuh diri ke budak tu nak membayar? kalau pesen malas belajar macam gua ni lain lah ceritanya. haha


INI PENDAPAT GUA YA. NAK PANGKAH, SILA LAH PANGKAH. GUA TAK KISAH PUN. SETIAP ORANG ADA PENDAPAT MASING MASING KAN



pesen malas nak menaip tapi nak juga menaip.


dfnheartcore.

Monday, April 2, 2012

Makanan Bukan Periuk Api #JB1


Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

Alhamdulillah, akhirnya, setelah pelbagai rintangan yang gua lalui untuk teruskan perjuangan Makanan Bukan Periuk Api (MBPA) di JB ni , akhirnya, gua jumpa juga beberapa orang yang sudi sama sama membantu jalankan MBPA ni di Bandaraya JB.

Tarikh yang dipilih adalah 7hb April ni. mula mula ingat nak buat ahad. tapi takut nanti isnin semua masing masing nak bekerja kan. so, Sabtu jugalah kaedahnya.

Kepada sesiapa yang nak volunteer, sangat dialu alukan :)
Allah aja mampus membalas semua tu.




dfnheartcore