Thursday, February 9, 2012

Yang penting ku suka.






sampai hidupku ini tak punya rasa lagi
ku takkan berhenti tuk mengikuti kata hati (hoo hoo hoy)
sampai diriku ini tak punya daya lagi
ku takkan berhenti untuk mengapai mimpi mimpi
sampai jari tengahku tak bisa mengacung lagi
ku takkan berhenti walau harus naik gerbong lagi (heh heh hey)
ku tak peduli punyakau siapa yang penting ku suka
ku tak peduli walau kau tak suka
itu sudah biasanya membuatku semakin mengila
dan semakin tergoda yang menahan nahan derita
walau kawat berduri taruh dalam jerami
ku takkan berhenti kuikuti jejak kriminal
waktu trus berlari lari dan lari lagi
ku takkan berhenti tetap ku ikuti kata hati [yeahh]
ku tak peduli punyakau siapa yang penting ku suka
ku tak peduli walau kau tak suka itu sudah biasa(2x)


Santai kejap dengan lagu Marjinal ni.
apa yang berlaku dengan kehendak Tuhan.
aku manusia, kau manusia, dia manusia.
jalan hidup kita Allah yang susun.
Turun dan naiknya Allah yang buat.
Aku taknak menghukum sesiapa.
Sebab aku percaya,
sejahil mana aku, aku ada Dia.


Jom kita berpogo kejap! mihmihmih ;D




dfnheartcore.

Wednesday, February 8, 2012

MAKANAN BUKAN PERIUK API #2



Alhamdulillah, selepas MAKANAN BUKAN PERIUK API #1 diadakan pada bulan lepas, kami dapat teruskan lagi dengan MAKANAN BUKAN PERIUK API #2 (MBPA#2) yang kami plan lebih awal, lebih tersusun kaedahnya. Moga moga tidak lagi berlaku seperti yang lalu. hihi.

Ada orang tanya, kenapa kita tak join Food Not Bomb aja? sebenarnya, MBPA ni kita buat lain sikit yang mana kita lebih kepada individualis yang ingin melakukan kerja amal ni. kira kami ni tak kisah siapa yang nak join, atau siapa yg minggu ni join minggu depean tak join. dan kami juga bukan satu movement atau kolektif atau dari mana mana komunitas. dan insyaALLAH, kami akan bergerak secara menyeluruh yang mana kami cari sendiri si gelandangan tersebut.

so, kepada yang ingin join benda ni, dialu-alukan, kat laman blog ni ada gua punya ofisial fesbuk, boleh PM terus ke gua, atau email gua pun bisa aja :) gua hanya mampu hadiahkan Terima Kasih aja kepada yang sudi membantu dan support kami. selebihnya, gua serah pada Yang Esa untuk membalasnya. InsyaALLAH.







Santai sambil memasak :D





dfnheartcore

Saturday, February 4, 2012

Kain Pelekat dan Kain Batik.


Tadi gua ada pergi Occupy Dataran. gua saje nak pergi tengok tengok. kira first time lah gua pergi tu. menarik lah juga topik topik yang dibincangkan tadi. terutamanya pasal Hak orang melayu yang mana satu dari feberet gua.

Info dari Occupy Dataran tersebut, baru gua tahu pasal Artikel 153 dalam perlembagaan negara tersenta kita ni. loser kan gua? haha.

okay. gua taknak cakap pasal politik politik yang melibatkan parlimen apa semua. cuma gua nak kasi sikit pendapat pasal hak orang melayu ni.

Hak Bumiputera.
Pada gua, gua rasa memang gua ada isu dengan benda ni. nak diikutkan hati, gua memang tak setuju benda ni. mcm apa yang dinasihatkan oleh Suruhanjaya Reid dulu, Artikel 153 ni harus disemak semula selepas 15tahun Malaysia merdeka. tapi, apa yang gua tau, takde sebarang semakan. okay. letak tepi kejap pasal benda tu.

bila cakap pasal hak bumiputera, hak orang melayu, akan kuat dikaitkan dengan rasism. betul? kenapa ada hak orang melayu? org cina, india, iban, kadazan dusun, orang asli bagaimana? sebenarnya, gua sokong dengan statement Fahmi Reza. kalau kita sendiri ambil apa yang diberi pd kita sebab kita ni berbaju melayu dan berbaju kurung, mcm mana nak bantah benda ni? betul tak? tu maknanya kita macam selfish sebenarnya. cakap tapi tak buat. ini sebenarnya terletak dalam individu tu sendiri sama ada dia ada keghairahan yang memuncak untuk membantah rasism atau tidak. dah kalau sendiri amek kesempatan, acane pula?

gua tau, memang susah untuk menolak rezeki. orang kata, rezeki jangan ditolak, ye dak? tapi gua belum berpengelaman dalam menggunakan advantage sebagai orang melayu buat masa ni. gua tak pernah dapat biasiswa, gua tak pernah dapat potongan harga nak beli barang kat pasar, atau dapat buat passport dan IC dengan cepat. gua macam orang lain. mungkin ada family belah bapak gua pernah dapat. gua tak pernah tau. mak gua orang singapore so, tak ada kene mengena dengan hak hak ni lah. sudah tentu.

sebenarnya, minoroti kita untuk membantah hak orang melayu ni sangat kurang percentage-nya. pasal, kalau gua nak cari orang yang sanggup tolak 'hadiah' dari kerajaan pada orang melayu ni memang susah. mungkin ada, kita tak tau. tapi satu nisbah sepuloh lah kan? so, bagi gua, kalau kita betul betul nak bantah benda ni, kita kena bina satu benteng pertahanan 'hadiah org melayu' dalam diri lah. kita tak boleh lah terima sesuatu 'hadiah' dari kerajaan atas sebab kita orang melayu. so, kita juga akan rasa mcm mana tertindasnya orang cina, india, dan bangsa lain.
disitu baru adil dan saksama serta menolak rasism itu sendiri.

satu lagi, gua nak tekankan. apa ada dengan One Malaysia kalau Artikel 153 tu sendiri tak boleh nak dipinda atau dibubar? pada gua, One Malaysia ni cuma untuk dalam sesuatu aktiviti atau mungkin organisasi. mungkin nak buat satu aktiviti tu, kena ada berbilang kaum mcm Flashmob Satu Malaysia, mungkin. HANYA ITU. baik tak payah agungkan slogan One Malaysia tu kot rasanya. baik guna slogan, One Malaysia,sometimes ke kan? unik apa. style pun style!

apa yang gua mencarut ni adalah apa yang gua rasa. tak ada kene mengena dengan pendapat individu masing masing. gua kan manusia biasa yang ada pendapat sendiri serta hidup dalam negara yang 'demokrasi' kan?



santai lebih sikit sambil layan Cik Winston Merah.