Thursday, October 13, 2011

Teknologi memudahkan?



**gambar di atas hanya contoh semata mata. tak ada kene mengena dengan hidup lu orang.


teknologi memudahkan?
atau
teknologi menyusakan?
atau pun
teknologi memalaskan?


pada gua,
kalau kita pandai guna teknologi tu, hidup kita okay kot kan.

gua kasi situasi lah kat sini.


Telefon Bimbit.

semua orang sedia maklum lah dengan kemudahan telefon bimbit atau dalam bahasa ibundanya; Handphone.lagi lagi sekarang ada smartphone, iphone yang mana amat lah banyak fungsinya berbanding handphone handphone yang lain.gua sendiri pakai bekberri atau dalam bahasa saintifiknya Blackberry.

fungsi gua dapat,
- gua tak perlu topup setiap hari sebab ada BBM
- gua tak perlu pergi cc untuk search info kat gugel (google) atau online fesbuk (facebook)
- gua tak perlu tunggu hari Isnin dan Waktu Bekerja untuk buka email.
- gua tak perlu habis duit beli mp3
- dan lain lain lagi.

jadi, disini, kira gua tak ada laptop pun gua santai lah.
tapi pada gua,benda ni kadang kadang memalaskan. tau kenapa? okay. macam gini. fungsi gua dapat berbentuk positif.negatif kepada positif tersebut.

- gua tak perlu topup setiap hari sebab ada BBM
negatifnya: bila tak topup mempunyai masalah nak call. jadi gua buat SOS. then tolak credit.

- gua tak perlu pergi cc untuk search info kat gugel (google) atau online fesbuk (facebook)
negatifnya: dari rumah gua nak ke cc gua kena jalan kaki. agak jauh lah. so, bila gua tak pergi cc gua tak jalan, peluh tak keluar,duduk rumah mengangkang. babad bertambah.banyak penyakit.

- gua tak perlu tunggu hari Isnin dan Waktu Bekerja untuk buka email.
negatifnya: bila gua masuk ofis, gua tak tau nak buat apa. sebab gua dah view semua resume. so, gua meleweh online, update blog, download lagu dan sebagainya.

- gua tak perlu habis duit beli mp3
negatifnya: gua habis duit kat makan (err, negatif ke ni? haha)

okay. tu pendapat gua lah.

pada gua, telefon bimbit amat diperlukan oleh semua orang. tapi bila semua orang mula menyalahgunakan telefon bimbit tu, itu yang tak best tu. contohnya, kerana nak beli bekberri tourch, seseorang sanggup merompak, membunuh, menyamun, meragut, merogol (yg ni takde kene mengena). ini gua bukan cakap kosong. benda berlaku sendiri kat kawan gua. so, gua rasa tak sedap ah. memang bekberri tourch tu canggih, setail dan nais untuk plessing depan kawan kawan yang pakai telefon nokia 3210 atau handphone sony flip tak ada colour.tapi lu tak perlu kot nak buat kerja kerja terkutuk tu. dosa lu dapat, tapi benda yang lu dapat dari perlakuan terkutuk tu hanya sebijik telefon bimbit? macam tak worth it aja. baik lu orang buat benda terkutuk tu then lu orang dapat RM16juta ke kan. yang tu lagi berbaloi kot. lu mati pun nanti rasa berbaloi ah dapat holiday kat US.


Tandas

Tandas adalah benda yang terpenting dalam hidup masing masing. gua agak bengang kalau tengah dalam perjalanan yang memakan masa berjam-jam tapi gua terasa nak buang air. contohnya dari JB ke KL. pernah dulu ada satu kali, gua betul betul nak kencing. disebabkan gua memang ada masalah pundi kencing yang tak boleh tampung air lama, gua terpaksa menebalkan muka, gua cakap dengan brader bus tu, gua nak kena pergi buang air. kalau tak, pundi kencing gua meletup. dulu kan ada bus yang letak toilet dalam dia. gua pelik kenapa dah tak ada. mungkin sebab tandas dalam bus tu menyebabkan bau kurang enak kepada penumpang lain. atau mungkin tangki tandas tersebut tak mampu untuk menampung berat jumlah najis najis untuk 44 penumpang. dan ada jugak kemungkinan, si pembikin bus takut kalau kalau paip bocor, bus akan banjir. lalu berlaku kemalangan yang mungkin menyebabkan kematian. so, ada baiknya lah dia tak buat tandas dalam bus.

tapi point gua kat sini, kemudahan dalam tandas.

- tandas dulu, kena cangkung. sekarang hampir semua duduk. tak lama lagi mungkin ada yang baring, meniarap atau mungkin secara mengiring.

positifnya: gua nak berks secara santai pun boleh. tak menggunakan tenaga yang banyak. sesuai lah untuk individu yang selalu sembelit seperti gua.

negatifnya: akibat gua terlalu geli untuk duduk di jamban tu, gua terpaksa tahan tahi gua lalu cari tandas cangkung. ini berlaku dalam tandas awam.lu orang bayangkan lah. kalau orang yang sebelum kita tu buang air, aim tak betul, terkena di tempat duduk tersebut, tak ke berjangkit kuman kuman serta virus virus yang berkeliaran. bapak geli sial!

- tandas dulu cuma ada kepala paip, baldi dan gayung. paling advance, sambung dengan getah paip. sekarang punya tandas, air automatik keluar dari kepala paip kecik di dalam mangkuk jamban. ada pula yang kadang kadang kita pam tandas, keluar air yang bertakung. air tu digunakan untuk membersihkan alat kelamin atau lebih sopan alat sulit.

positifnya: err?gua tak tau lah pulak eh apa positif kepada pentukaran drastik ni. sebab gua tak pernah rasa senang dengan kemudahan teknologi seperti ini.

negatifnya: TAK BERSIH! cuba kalau time tu lu orang cirit birit. lu tau lah tahi cirit birit banyak nya macam mana, cair dia macam mana. bentuk serta struktur tahi tersebut boleh membuatkan semput,lelah serta lemah tenaga batin lah kalau tertengok org lain punya. dah tau mcm gitu, lu lagi nak pakai automatik punya pencuci untuk bersihkan? gua tak boleh bayangkan, and gua taknak bayangkan. senak paru paru gua bila terfikir nak bayangkan.

- gua perasan kalau dulu nak pam najis kita tu, kita pakai tali yang tergantung. skang ada button bulat yang beso untuk flush.

postifnya: mudah lah untuk bocak bocak kecil. kalau dah membuang tu, terus tekan button tu. tak ada lah dorang ter-di-ajar untuk tidak mengepam najis mereka. memang lah mula mula cakap tak sampai. kang bila beso, dah jadi habit pulak.

negatifnya: kalau dulu dulu, gua rasa ada muscle dulu dulu time main tarik tarik tali tu. tapi sekarang gua rasa dah menggelebeh (yang ini merepek). gua agak negatifnya dari segi kos lah. kadang kadang, kita kejar masa kan. so, bila nak cepat tu, proses membuang dan mencebok memang tahap lincah kaduk, time nak pam tu, dengan penuh pantas dan perasaan ingin cepat, kite ter-tarik kuat kuat pulak tali tu. bila rosak, satu hal lagi nak betulkan kan. kira tu negatif lah. betul tak?



okay. cukup lah contoh tu gua kasi. kira kadang kadang kita anggap benda yang mudah ni, kelak akan memudaratkan manusia. tu belum gua sentuh pasal teknologi kenderaan. kang lagi panjang cerita. gua sebenarnya bangga dengan dunia sekarang yang mana makin maju.contoh terbaik yang kini menjadi buah mulut untuk masyarakat setempat serta masyarakat majmuk ialah Iphone 4S. yang mana ada 1001 fungsi baru.

bila gua pk pk balik, gua sengih lah jugak. tapi sengihan gua jadi sinis lepas gua pk apa negatifnya kemudahan ini. orang yang buat kemudahan teknologi ini gua agak kaya gila babi lah. dan otaknya pun kaya dengan pengetahuan. tapi apa yang gua runsing, risau pasal kita kita yang tak berapa nak kaya pengetahuan tapi berangan menggunakan bahan bahan yang penuh dengan pelbagai fungsi. bukan apa. kadang kadang kita ni kerja nak plessing je. nak melawa, nak setail, nak orang tengok kita ni BERADA. padahal knowledge NONE.

benda tu akan efek dari segi ATTITUDE yang mana kita akan lebih berlagak, bongkak, riak serta takbur, dari segi FINANCE yang mana, sebaik sahaj sampai 10hb setiap bulan dah mula kena makan nasi bujang, dan banyak lagi dari segi segi lain termasuk segi empat tempat dan segitiga.

jadi, disini, gua nak bilang lah, lu orang jangan bangga sangat dengan teknologi yang kononnya 100% akan membantu kehidupan manusia. Manusia sendiri tak ada yang 100% sempurna. Sama juga dengan barang yang direka oleh manusia yang tak sempurna tu. Ia akan tetap jadi tak sempurna.


**gua bukan kondem teknologi. tapi cuma gua nak bukak apa yang tersirat dari teknologi. so, benda gua boleh terap dalam kepala hotak, kepala lutut serta kepala kepala gua yang ada.**







jom pergi santai kat pantai buatan manusia tak sempurna!









dfnheartcore.-



2 comments:

A, is for Anomaly said...

handphone yang lu guna setiap hari ada 16 kali lebih banyak germs dari toilet seat yang lu geli nak duduk tu. as long your bum skin is not broken, then u'll most probably wont get infected.just sayin'.

dfnheartcore.- said...

yup. mungkin kalau pakai kanta pembesar pada handphone gua,akan terbukti lah ke-germs-an handphone gua. tapi bagi gua, gua tak boleh blah dengan toilet duduk tmpat awam sebab gua nampak dengan mata kasar kotoran2 disekeliling tu.mana mana kita pergi pun germs akan ada. so, anytime boleh get infected. tak perlu tunggu masuk tandas mahupun memegang handphone sendiri.

btw, thanks beri pendapat.


dfnheartcore.