Wednesday, October 12, 2011

Its NOT a fairytale

Aku manusia
Kau manusia
Dia manusia
tak ada beza.
lagi sekali,
TAK ADA BEZA.

tujuan gua buat blog baru ni adalah untuk memulakan balik aktiviti menulis gua.
bukan gua tak boleh tulis dekat blog gua yang sebelum ni
( http://dfanheartcore.blogspot.com )
tapi, gua anggap official blog gua tu sebagai personal blog
yang mana gua banyak tulis pasal kehidupan harian gua.
lebih kepada journal diri gua.

gua pernah keluarkan satu zine
pada tahun 2008.
Strive for the Right.
satu satunya zine gua.
tapi masa gua nak keluarkan vol:2
gua ada masalah besar.
benda dah ada,
semua da siap
tinggal nak kasi kawan kawan aja
tapi, disebabkan masalah dalaman tu
zine tersebut tak dikeluarkan.
gua masih mempunyai copy zine tersebut
(tapi gua kene bongkar bilik gua kat JB)
mana mana aja gua letak.

gua review sikit lah pasal blog baru gua yang bakal gua launch ni
(ayat agak mengundang)
blog ni pasal kehidupan seharian orang orang sekeliling kita.
gua tak spesifik kepada melayu, remaja, malaysia dan lain lain
gua cuma tulis pendapat gua tentang apa yang gua nampak
gua tak kondem.
cuma pendapat.
dan pendapat tu akan menjadi satu idea dalam hidup gua.

gua bukan menulis untuk Hardcore, Scene Underground,
tapi lebih kepada hak masing masing dalam kehidupan.
pada gua,
masing masing ada hak.
sedangkan kalau kita dera kucing pun,
kita akan ditangkap serta disoal siasat.
kucing pun ada hak.
apatah lagi kita manusia.
betul bukan?

jadi,
dengan blog Idea With Different Thoughts ni,
gua dapat ah suarakan pendapat gua,
tegakkan hak gua,
atau hak orang orang sekeliling gua.
mungkin ada yang akan cakap
"apa guna? bukan PM baca pun"
ya,
tepat sekali kalau lu orang bilang mcm gitu.
tapi, kalau gua maki maki pakai mulut pun
PM tak dengar bukan?
dari gua maki, dapat dosa cash and carry,
baik gua menulis.
setidak tidaknya gua dapat kiaskan sikit bahasa gua
dan gua akan mencuba untuk menjadi lebih baik.


tetap dengan trademark gua;
santai sudah,
relaks tepi corner, korek hidung.






dfnheartcore.-


No comments: