Monday, October 17, 2011

Buat Sendiri?


Semalam gua lepak dengan kawan gua yang mana seorang yang punya band Hardcore yang agak femes di dalam scene. tidak perlu gua mention nama beliau dan nama band beliau disini. semalam ada lah gua berbual dengan beliau pasal personal (okay, sila abaikan) serta benda benda di luar personal. termasuklah mengenai 13th May yang berlaku di Indonesia. rupanya di Indonesia juga berlakunya rusuhan. tetapi ia berlaku pada tahun 1998 manakala di tanah melayu berlaku pada tahun 1969.




gua ulas sedikit pasal 13th May yang berlaku di Indonesia. (sebab kebanyakkan dalam golongan kita tahu akan 13th May 1969 yang berlaku di tanah melayu. so, pada gua, apa salahnya kita amek tau juga mengenai negara lain. boleh kita jadikan pedoman.)

apa yang gua tau, pada tahun 1998 ekonomi Indonesia agak merundum yang dipengaruhi oleh faktor finansial di Asia. gua ada teringat time 1998, umur gua 2tahun. memang time tu ekonomi jatuh. yang mana sampai sekarang gua masih ingat lagi beberapa kejadian dalam hidup gua pada tahun tersebut (tidak perlu di-mention-kan). dalam awal Bulan May 1998, berlaku rusuhan di sekitar Medan. yang mana antara salah satu sebabnya adalah penaikan harga gasoline. rusuhan tu tamat pada 8th May.

lepas tu, berlaku lagi rusuhan pada 12th May oleh pelajar pelajar yang mana berkumpulnya mereka di salah satu Universitas di Jakarta (kalau tak salah gua). Antara salah satu sebab rusuhan adalah menuntut Suharto letak jawatan sebagai Presiden. Keadaan bertambah kronik bila, pihak militari melepaskan tembakan menyebabkan 4 orang dari kumpulan rusuhan itu mati. manakala beberapa cedera. gua agak gua tak perlu cerita detail la. tapi pada 13th May 1998 berlakunya damai dimana ada beberapa acara lah yang dilakukan. seperti penurunan bendera bagai, dan kalau tak salah gua, pada masa tu Suharto meletakkan jawatannya.


Haa, itu sahaja lah yang gua mampu nak kongsi dengan lu orang pasal 13th May 1998 di Indonesia. tapi sebenarnya, gua rasa gua dah alih topik. gua taknak bercerita mengenai politik. kerana gua kurang gemar akan politik. itu apa yang gua tahu dari orang yang bercerita selain dari research personal gua tentang dunia.

semalam gua bercerita sana sini dengan kawan gua tiba tiba termasuk pasal kapitalis dan individu atau kumpulan yang menjunjung 100% etika DIY.



gua taknak berbual pasal DIY ni terlalu mendalam. gua hanya kongsi pendapat gua dalam blog ni bukan niat gua untuk meng-kondem orang. pada gua, gua bukan seperti lu lu yang suka meng-kondem orang dengan idea/pendapat lu sendiri.

yes. DIY tu bagus. pada gua, DIY tu kita boleh praktikkan terutama dalam aktivitas kita seperti dalam musik yang kita bikin (kepada pemusik pemusik tegar), mahupun aktivitas lain yang munasabah. sebagai contoh, kalau lu orang prefer buat baju raya secara DIY, lu orang boleh beli kain dekat Jakel lalu jahit sendiri menggunakan mesin/tangan untuk dibuat baju kurung/ baju melayu. contoh lain, lu orang rasa nak menulis serta bekarya dalam bentuk DIY, ya, gua sokong. sebab gua sendiri suka menulis dan gua suka penulis terutama penulis zine yang mana mereka gunakan effort mereka sendiri untuk produce koleksi zine berdasarkan idea mereka, berdasarkan cara mereka, setail mereka serta titik peluh mereka. gua salute!

persoalannya disini, ada ke yang masih nak claim diri mereka 100% DIY? adakah konsep DIY seratus peratus dalam menjalani hidup mereka? dunia sekarang. nak taknak kita kena terima kenyataan bahawa, kita hidup di bawah atap kapitalis yang mana mereka mendominasi negara ni untuk mengaut keuntungan mereka sendiri. itu kenyataan. sila terima. mungkin 1:10 orang yang 100% DIY yang mana mereka dapat income mereka dari diri mereka sendiri. dan dari income tersebut mereka buat rumah secara DIY, mereka makan secara DIY, bekerja secara DIY dan segala galanya DIY. (masih ada kah?)

sedar tak sedar kita menuju ke 2020. tahun 2011, kalau kita lihat sekeliling kita, teknologi sana sini dan hampir keseluruhan manusia bergantung kepada teknologi. teknologi yang direka khas. direka khas untuk siapa? untuk diri mereka atau utk kesenangan orang lain? itu kita tak tahu.

apa point gua sebenarnya?

point gua kat sini, gua agak pelik dan tertanya tanya kalau seseorang masih claim diri mereka sebagai penjunjung DIY sepenuhnya walhal kita semua tahu mustahil untuk terjadi benda tu dalam dunia sekarang ni. sangat mustahil. kita sendiri menggunakan komputer sebagai medium. dalam bekarya, bekerja, research, download, dan lainlain. dan applikasi terkini juga yang kita gunakan untuk pembikinan musik musik kita (kepada pemusik) atau, pembikinan filem sekali pun. mungkin lu orang tak perasan yang lu orang makin bergantung dengan ciptaan kapitalis kapitalis dimuka bumi ni. ya, mungkin lu orang tak perasan kan?

so, disini, pada gua, gua tak punya , masalah kalau lu orang masih menggunakan konsep DIY. kerna pada gua sendiri, terlalu banyak positifnya DIY ni dalam hidup kita selain dari dapat mengawal finansial diri sendiri dan memuaskan nafsu hobi dan minat diri kita sendiri. so, gua tak ada masalah pada mereka yang masih berpegang pada konsep DIY. tapi bagi gua, tidak perlu lah kita menyanjung, menjunjung, mendukung DIY dan claim diri kita sebagai 100% DIY. sebab itu mustahil. bukan alasan yang gua berikan. tapi ni kenyataan yang harus kita terima selari dengan peredaran zaman.




so, itu hanya pendapat gua. gua tak tunding jari kepada sesiapa. gua menulis mengingikut pendapat gua walaupun pada lu orang gua naif. tapi bagi gua, gua seperti manusia yang lain yang mana punye hak untuk menyuarakan pendapat bebas gua.










santai secara DIY.





dfnheartcore.-




No comments: