Sunday, October 16, 2011

RESPEK bukan MEREPEK!

Yo!
ni hari Isnin,
gua nak update blog gua.



Sabtu lepas gua berjaya pergi ke gig Straight Answer di Rumah Api, Ampang. terasa gua sangat LOSER bila gua pergi gig hari tu. sebab gua da lama tak pergi gig. Gua dapat soalan bernas. "Ni gig ke berapa kau pergi tahun ni?" Oh, fuck. gua seriously dah lama tak pergi gig. sejak sibuk dengan hal rumah tangga yang pada akhirnya tak menjadi. gua memang bodoh.

okay.
overall, gig ni memuaskan gua. even tak berapa ramai, tetapi band band yang main untuk gig ni memang maintain. tetap hebat. cuma gua nak tekan beberapa perkara. tapi tu nanti. gua nak ulas sikit pengalaman gua pergi gig pertama dalam tempoh lebih dari setahun kebelakangan ni. apa yang gua nampak, tak banyak perbezaan. itu yang gua nampak pada mata kasar. bila gua sampai venue itu hari, gua terasa teruja. sebab ada booth jual zine dengan begitu banyak. (bukan tak pernah nampak, tapi da lama tak nampak) seriously kalau gua berduit, gua borong zine zine kat situ. nampaknya, aktivitas menulis zine masih belum terkubur. gua salute! kepada penulis, pembaca, penyokong zine, korang memang setail!



RESPECT: Respect denotes both a positive feeling of esteem for a person or other entity (such as a nation or a religion), and also specific actions and conduct representative of that esteem.

gua translate kan untuk lu orang yang tak reti bahasa.

Respect atau HORMAT ialah satu perasaan yang positif dari diri sendiri terhadap orang lain atau sesuatu entiti lain seperti Bangsa atau Agama, dan juga satu tindak tanduk dan perlakuan yang mewakili diri seseorang.

terus terang gua sedih dengan hardcore kids sekarang. gua tak tau mana letaknya sikap RESPECT each other mereka. bukan semua. mungkin 2:3. pada gua, lu orang setakat tahu singalong bersama band band lokal, serta band band yang meng-cover musik kegemaran lu semua, tapi mesej musik tersebut tak sampai pada lu orang semua, tak ada gunanya jugak. bagi gua, kugiran yang bikin lagu mereka penuh dengan mesej yang ingin disampaikan pada crowd crowd. tapi sayang, lu orang tak reti nak menilai.

gua berani maki lu orang ni BODOH. kenapa gua maki lu orang eh? ha, tunggu gua mention.

Situasi 1.

gua didalam crowd, tapi gua hanya berdiri ditepi sambil melayan musik musik yang didendangkan oleh kugiran yang hebat hebat belaka pada hari tu. gua impress! tapi, bila pemerhatian gua beralih ke crowd/moshpit, gua takut. nampaknya crowd makin ganas. kaki lebih banyak digunakan ketika breakdown berbanding tangan. gua tak jadi nak mosh. gua hanya lihat. disebabkan faktor venue yang agak gelap, banyak orang terjatuh. tapi dahi gua berkerut kerut. kenapa? sebab, kat situ terang terang semua nampak budak jatuh, ada yang tolong angkat, gua salute! lu memang nais! ada yang dibiarkan sahaja. mengapa dan kenapa? sebab bukan geng lu orang? itu normal. hardcore tetapi rasis. dari dulu dah wujud. itu sangat tidak bagus.

entah kugiran keberapa yang main, crowd makin menggila menyebabkan gua ni tertolak tolak. gua terpaksa mempertahankan diri gua dengan menolak semula orang yang menolak gua. sampai menggunakan kaki pun ada. gua terpaksa. gua perempuan dan gua tahu itu. dan pada gua, gua punya hak nak pertahankan diri gua dengan crowd yang kurang respek tersebut. mereka bukan mosh. buat circle pit tapi tolak orang sekeliling? mcm mana nak jadi circle pit? gua risau apa, sebab dalam crowd tu, ada jugak beberapa perempuan yang bukan ganas seperti gua dan kc. ada yang mengenakan tudung. gua tak kesah lu orang nak moshing pelbagai setail. cuma, respek tu perlu ada.

tibe tibe gua tengah layan kugiran apa gua tak ingat, ada satu budak ni dia mosh ke apa ke, tapi ditolak orang budak lain membuatkan dia tersungkur betul betul di kaki gua. dan gua perasan mungkin kepalanya terhentak. dalam beramai ramaian, bertolak tolakkan, gua paksa diri gua tolong budak tu, gua angkat dia. walaupun dia berat nak mampus. mungkin kepala dia masih pening pening lalat akibat terhentak tadi. kalau tak salah gua, ada lagi sorang budak sahaja yang tolong angkat budak jatuh tu. tapi dia sibuk sikit meng-protect dari mosher mosher yang menggila takut takut terpijak budak jatuh tu. last last, lepas gua angkat, gua tarik dia ketepi. dia masih pening. tak berapa minit lepas tu, lagu habis, gua nak angkat dia keluar tapi dia taknak. nampaknya beliau sangat bersemangat waja. walaupun gua tengok muka dia pucat. tapi takpa. lelaki perlu kuat bukan? gua caya sama lu! (tapi lepas lepas tu, gua tak nampak kat moshpit lagi. haha!)

situasi ini mengajar gua, kita tak boleh nak pilih bulu. hanya kerana budak tu bukan kawan lu, lu biarkan sahaja dia jatuh, lalu lu orang meneruskan perjuangan mosh yang kononnya membuktikan lu orang ni Hardcore yang TRUE. lu tak respek orang, takut takut nanti lu jatuh, seorang pon tak tolong, lu dipijak sampai kena sawan babi. baru lu tau apa itu RESPEK! lu tak respek orang, jangan harapkan orang respek lu. ingat tu.




Situasi 2.

gua akui, satu ketika dulu, gua memang gemar moshing, two step dan segala apa lancau. dan gua slow down lepas kesah rumah tangga gua tu yang dah retak. stop it dfan! nonsense lah weh. okay. balik kepada topik.

pada hari gig tersebut, gua memang tersangat sangat nak mosh. gua nak masuk breakdown gua takut dengan crowd yang menggila.tak memasal gua kene tendang kang. so, gua hanya two step sedikit sahaja pada mulanya. lepas tu gua hanya berdiri di tepi sambil meng-fokuskan pemikiran gua sepenuhnya kepada kugiran. tetiba, gua ada perasan satu budak ni. gua ingat lagi, dia pakai baju putih, sebab gua sangat pissed off dengan beliau.

selama gua dalam scene, gua belum pernah lihat orang mosh style guling dari hujung, ke hujung. motif please? lu nak guling guling lu ingat ni taman bunga? gua ingat dia baru tengok Hindustan yang mana setiap hari Sabtu pukul 2 ada Hindustan kat TV3. tu gua ingat dia layan dulu sebelum bertandang ke gig. yang itu BODOH! gua memang nak kondem budak ni. sebab gua rasa gua ada hak. kenapa gua marah sangat ni?

gua hanya berdiri di tepi. kepala henjut henjut, kaki hentak hentak, pinggang gelek gelek. budak BODOH tu dengan tak memasal berguling ke arah gua dan kaki dia terus mendarat kat gua. yang penting, dagu gua, dan kerongkong gua terkena kaki kaki beliau dalam satu masa. menyebabkan gua pusing, terus gua tendang dia, nasib kena sikit aja. nak ikut kan ke-tidak-proffesional gua, gua terus kejar budak tu, gua pukul. biar mati, asal gua puas. tapi gua bukan mcm tu. gua taknak biar emosi menguasai diri walaupun ketika tu, emosi gua telah memakan diri gua 60%. gua masih bersabar.

tetibe pada ketika itu, kugiran yang sedang beraksi meng-cover lagu Keep Your Mouth Shut - Terror yang merupakan antara musik kegemaran gua, gua dengan penuh semangat ber-singalong di hadapan stage. tapi tak ramai yang singalong, gua agak mereka kurang pasti dengan lagu tu sebenanyer. sedang gua singalong, budak yang berbaju putih yang mengakibatkan gua sakit tu, konon nak buka moshpit dengan menolak orang, gua yang sedang hangat singalong tetibe tertolak dek budak tersebut, dengan emosi yang tadi ada 60%, dicampurbaurkan pulak dengan lirik lagu tersebut, gua dengan penuh kekuatan gua tolak beliau , dan kemudian tarik baju dia dan lantas menolak ketepi. BODOH! maaflah, gua memang emosi waktu tu. sebab sehingga hari ni, dagu gua masih sakit. LAHANAT!




Situasi 3.

setakat itu, kecedaraan yang gua alami hanya tangan gua yang terkehel sikit, kaki gua ada kesan luka, dagu gua yang bengkak dalam, tetapi alhamdulillah, kerongkong gua tak ada apa apa. gua ada jugak testing suara. nasib suara gua keluar. haha.

gua makin letih. tapi gua tetap enjoy. ni lagi satu hal yang membuatkan gua panas hati. kerana, kawan kawan gua perasan yang ini ialah disengajakan. bukan tidak sengaja. dan gua ingat muka dia. berbaju hitam, berseluar pendek, rambut botak cacak cacak.

gua tengah twostep. sedang gua berjoget joget, tetibe, manusia BODOH itu menolak gua lantas lari. gua macam nak kejar. memang gua bengang! yang ini gua berani maki dia sebagai PUKIMAK. kenapa? sebab, satu, dia memang aim gua. asal? lu jeles, gua pompan, gua twostep lagi dapat perhatian dari lu? gua twostep bukan nak perhatian mcm lu, BODOH. ini kepuasan gua! kalau lu nak mosh setakat lu nak kan perhatian, lu nak pukul orang sana sini, lu nak tolak orang sana sini, lu nak tunjuk lu tough guy bagai, lu nak tunjuk orang baju apa yang lu ada, lu nak tunjuk yang lu mosh paling semart, meh sini duduk depan gua, kasi gua tempeleng muka lu sekali.lu pergi masuk tu Kongsi Gelap ke, 16line ke. lu paling SUPER DISRESPECTFUL PEOPLE! lu tak ada langsung sikap respect. pada gua lu hanya bersifat sexism yang mana, dengan gua yang perempuan ni lu berani tunjuk belang. dengan jantan tak ada pulak gua perasan?

gua tak kesah kalau gua TER-DI-tolak. kerena itu normal ketika berada di dalam moshpit terutama ketika gua mosh. taknak sakit jangan mosh lah kan. tapi masalahnya, lu aim gua. bukan gua cakap, orang sekeliling gua cakap. seriously, gua nampak lu kat gig lagi, gua nak talk dengan lu. lu jangan la busukkan nama hardcore dengan sikap lu tu. lu dok singalong sana sini lagu hardcore yang bermesejkan ke arah positif atau bermesejkan hak kita, hak kami, hak manusia, respect, tapi lu? lu amek tahi lu, lu letak kan dalam scene ni. sumpah lu memang PUKIMAK.




habis sudah cerita pertama pasal pengalaman gig gua yang pertama dalam lebih dari setahun ni. gua rindu time dulu dulu, di mana gua ada blood2 gua yang sentiasa menitik beratkan gua time gua nak moshing. kira gua sangat dijaga. tapi hanya perkara remeh, seperti perempuan, sikap dan lain lain semu berpecah belah. dimanakah sikap Brotherhood lu? dimanakah Blood blood lu? dimanakah Hardcore Pride lu? gua rindu. sumpah gua rindu.

zaman berubah, semua membesar, semua dah makin membawa haluan masing masing. gua sendiri dengan kerjaya gua yang hanya menghadapa komputer dan makan gaji dari majikan gua.
tapi gua tau, maksud Hardcore itu tak akan berubah walau sejauh mana sekalipun zaman berubah.

kepada individu yang baca blog Sampah gua ni,
dan terperasan apa yang terjadi di Rumah Api hari tu, dan lu sendiri kenal budak yang gua mention ni, suruh lah dia add gua dekat fesbuk. boleh gua berkenalan dengan beliau beliau tu.










lu santai banyak sangat sampai menyusahkan orang.









dfanheartcore.






4 comments:

RZL said...

this is what happen when ppl who in it because they think hardcore is all about violent music, violent ppl and violent dancing.. stupid scumbag. pergi gig macam dah nk berperang ke apa.. they should know the different between hardcore scene and hardcore WWE

onehandtyper said...

terkilan jugak..bila kawan aku cuba tolong seorang crowd yang jatuh, budak tu tolak ala-ala terajang kawan aku ni..tak faham apa yang dikerek kan..ish3 thank for these beautiful post..

dfnheartcore.- said...

Haha. as time flies by, things change. more negative than postive. pfftt. -.-" sedih sedihh! -.-"

saufi ikmal said...

aku nmpak kau kene tolak pastu kau sepak dia , HAHA :)