Monday, October 17, 2011

Apa itu DISIPLIN?




Dari pendapat Wikipedia

Disiplin merupakan perasaan taat dan patuh terhadap nilai-nilai yang dipercaya termasuk melakukan pekerjaan tertentu yang dirasakan menjadi tanggung jawab.


Pada gua, disiplin sangat penting dalam hidup gua. bukan hidup gua sahaja, malah disiplin diri gua akan memberi imoak kepada orang lain, maka dengan itu, gua harus mendisiplinkan diri gua agar tak menyusahkan orang lain.

apahal tetibe keluar pasal Disiplin ni?

gua mengaku. gua bukan disiplin mana pun. lagi lagi bab nak bangun awal, pergi kerja on time. tapi bila gua rasa penting untuk gua gunakan sikap Disiplin diri tu, gua harus gunakan. gua tak suka buat orang rasa benci gua dengan ke-tidak-displin-an gua. gua tak akan boleh halang kalau kalau orang nak benci gua. itu hak dia untuk menyukai atau membenci gua, pada gua, itu tak jadi masalah untuk gua teruskan hidup gua.

so, seperti biasa, gua akan kasi situasi.
bukan niat gua nak kondem. benda ni gua tulis, gua ingat, orang lain pun ingat ingat lah.


Situasi A

gua pernah lah masuk satu Flashmob untuk satu event. tak kesah lah tu event underground atau bukan, pada gua, mana mana kita pergi, kita kena ada disiplin. bila disiplin itu kita terapkan dalam diri, dengan sekaligus, nilai nilai positif yang lain akan diterap juga. contohnya.

flashmob tu, selama seminggu gua kena pergi rehearsal yang mana ada kat tempat tu pukul 6setengah pagi. paling lewat 7 macam gitu. so, gua dengan housemate gua yang mana masuk benda yang sama, punya lah cuba sedaya upaya sampai tepat pukul 7. tiap2 hari selama seminggu, gua berdua aja sampai awal. yang lain hampeh. sampai lewat satu hal. lepas tu, menyusahkan sampai pelbagai krisis dan isu timbul melibatkan grup gua. gua agak bengang lah. gua nak cakap kat dorang takut dorang kata gua macam disiplin sangat aja. gua mengaku, gua kadang2 tak disiplin. tapi, jenis gua, gua punctual. tepati masa (kecuali pergi kerja atas alasan tak munasabah iaitu; MALAS) tapi bila masuk dalam sesuatu event, sesuatu yang gua janji dengan orang tu, gua akan sedaya upaya tepati masa gua.
bukan kat sini gua nak cakap gua paling hebat. tak, gua cuma nak kongsi. dan bila gua menulis, harapan gua, gua akan perbaiki yang mana gua tak disiplin. gua tak nak nanti efek orang lain.

so, ternyata, disiplin tu penting!


Situasi B

cuba lu orang bayangkan, sekolah tak ada disiplin. gua yakin lu orang mesti pernah tengok cerita CROW ZERO yang mana gua tak rasa itu satu sekolah. malah ia hanya layak dipanggil satu komuniti gangster gangster dan samseng samseng yang mahu memegang institusi tersebut. (ni bukan gua kondem. ni pendapat gua tentang perkataan sekolah dalam cerita ini. tapi gua sendiri memang suka cerita ni sebab hero -hero mereka yang hensem hensem belaka. haha)
okay, cuba lu orang bayangkan sekolah tu betul betul wujud. pelajar yang tiada disiplin, cikgu pun dibaling kerusi, pelajar bergaduh sesuka hati. akibat ke-tidak-disiplin-an mereka ni menyebabkan mereka tiada respek antara satu sama lain. hanya tau berbalah, bergaduh, berebut takhta, berebut kuasa dunia. mereka yang tidak berdisiplin ni akan melibatkan ketenangan, keamanan, keharmonian manusia lain yang hanya menjalani hidup mereka seperti biasa tanpa melibatkan diri dalam perkara sampah seperti pergaduhan2 tersebut.

lu orang nampak tak kepentingan disiplin diri tu dalam kehidupan lain? kalau lu orang tak mengerti lagi, gua kasi situasi yang terakhir yang mana berlaku baru baru ni jugak.


Situasi C

masa gig itu ari. gua sampai dalam 4lebih. dengan harapan, gig da start. seperti biasa, memang tak start lagi. gua agak kecewa. tapi gua tak salah kan penganjur sebab gua perasan penganjur dah ada, orang semua dah ramai. rupa rupanya, gua baru tau semalam, band tak sampai lagi.

yang gua pelik, band band luar da sampai. gua nampak Straight Answer dah sampai, band dari luar Kuala Lumpur memang kebanyakkan dah sampai. Staid pun gua perasan sampai awal. gig tak start lagi time tu. so, ini semua kerana tak ada disiplin. mungkin mereka ada hal mereka tak dapat nak dielakkan dan harus diselesaikan. itu gua letak tepi. dimaafkan. bagaimana pulak dengan band yang dah pk mereka hebat dalam scene ni? sengaja nak sampai lewat supaya dapat main time saat genting, saat crowd tgh menggila? rokesetar sangat tu. tapi, ke-rokesetar-an lu orang sudah menyusahkan organiser dan juga band band lain. dan ini sekaligus, menyusahkan crowd. gua dengar ada budak2 yang dtg menaiki kenderaan awam terpaksa balik awal padahal mereka nak tengok band band kegemaran mereka seperti Second Comba dan Staid. tapi harapan tinggal harapan bila masa yang dirancang tu bertukar. memang lah kita merancang Tuhan tentukan. tapi lu rasa, diri lu ada tak inisiatif untuk memuaskan pihak lain. gua berani cakap kat sini, lu orang tak akan kemana kalau lu orang tak tau apa erti disiplin diri.




gua anggap kat sini, disiplin tu adalah tunjang nilai murni. bila dah disiplin, serta merta kita akan jadi seorang yang tepati masa, seorang yang tau apa itu respek, seseorang yang pandai menjaga hati orang lain. gua seru lah kepada semua orang termasuk diri gua jugak, cuba lah sedaya upaya untuk memaksimumkan sikap disiplin tu.













santai ada disiplin tak?









dfnheartcore.-






No comments: