Monday, March 26, 2012

Sila lihat papan tanda untuk ke Neraka.

Alhamdulillah.
Selamat pergi dan selamat pulang. Band Second Combat tak pernah mengecewakan. dan band band lain juga. First time tengok Turn Off perform. mereka bagus juga :)

Apahal gua punya tajuk tu? macam nak mengamuk aja. Ya, gua nak sambung mengamuk dari semalam.

Mohon pembaca, jangan terasa ya. kerna ni bukan untuk/dari anda. ni yang dibuat oleh orang lain, so, gua jadikan cerita ini sebagai satu tauladan lah. Moga anda anda tidak mengikuti jejak langkah celaka lahanat seperti mereka.


Lu ada masalah dengan music hardcore? Lu ada masalah dengan budak budak hardcore? Lu ada masalah dengan circle pit, twostep dan breakdown? Lu ada masalah untuk tengok budak budak moshing lagu hardcore? Diminta lu orang sila relaks one corner korek jubo, cium.

Gua tak tau apa masalah jahanam dalam diri lu orang. lu nak mabuk sukati lu. Lu jawab dengan malaikat dalam kubur. Tapi, minta la jasa baik lu orang, jangan nak menyusahkan orang lain serta membuat orang lain rasa menyampah. GUA HILANG RESPEK TERHADAP INDIVIDU SEPERTI KALIAN. Maaf kerna gua terpaksa bertindak kasar dengan menendang kalian semalam di dalam moshpit.

KALAU LU TAK SUKA MOSH, MINTA LU JANGAN KACAU GUA DAN ORANG LAIN NAK MOSH. GUA TAK PERNAH KACAU LU NAK BERPOGO, BERBOOT, DAN LAIN LAIN. TAK PERNAH RASA NAK KACAU. MOHON JASA BAIK LU ORANG TOLONG RESPEK ORANG LAIN. RESPEK. RESPEK. RESPEK. NAK GUA ULANG LAGI GUNA PEMBESAR SUARA? TAK PERLU RASANYA BUKAN? GUA HARAP LU RETI KOREK TELINGA.

kalau dengan attitude lu yang zero habis ni, takpayah lah perjuangkan budaya yang lu bawak. tak perlu rasanya lu nak dressup dressup bagai. tanggal boot lu, pergi tanam rambut. LU TAK TRUE. pada gua bukan setakat budaya yang lu orang bawak je mengajar lu orang untuk respek orang lain. tapi dalam rutin harian juga, lu orang diminta respek orang lain. lu orang tak respek gua sebagai wanita gua tak kesah. tapi tolong respek gua sebagai MANUSIA. gua tau gua mungkin berperangai seperti lelaki bilamana di dalam moshpit. tapi gua MANUSIA. MANUSIA tidak layak untuk di'buli' seperti itu. tapi kalau lu orang rasa lu orang dapat buli gua, lu orang silap.

GUA BUKAN PEREMPUAN YANG SENANG SENANG TELOR LU AJA LU NAK PIJAK. GUA BUKAN PEREMPUAN YANG SENANG SENANG LU NAK BULI. GUA BUKAN PEREMPUAN YANG GOYANG KEPALA LUTUT BILA KENA TIKAM. GUA BERANI BANGKIT. GUA BERANI MATI UNTUK BANGKIT. GUA NAK LU TAHU, MUNGKIN PEREMPUAN LAIN YANG LU KENAL, LU BOLEH AYAM AYAM KAN, LU BOLEH BAWAK MASUK BILIK, MAIN SE-ROUND DUA, LEPAS TU BLAH. GUA BUKAN PEREMPUAN TAKDE TELO. JANGAN INGAT PEREMPUAN SEMUA SAMA. PEREMPUAN YANG KAU JUMPA SEMUA TU, LAIN DARI GUA. LU SILAP BESAR KALAU LU ORANG RASA GUA AKAN MENGAKU KALAH. GUA BERANI TUMPAHKAN DARAH GUA UNTUK AJAR LU ERTI RESPEK WANITA, RESPEK MANUSIA. SILA FAHAM YA PUKIMAK.

kasar sangat ke bahasa gua?
ya, memang kasar. tapi, ni pada gua tak kasar lagi. gua banyak da lupakan hal yang terjadi semalam. gua malas. benda tu gua jadikan sebagai kenangan untuk diceritakan satu masa kelak.

gua juga punya rakan rakan skinhead, tapi gua macam tertanya tanya, kenapa skinhead yang gua jumpa semalam berperangai seperti anjing?
jangan fikir gua bodoh sebab gua suka moshing. gua harap lu faham maksud gua.




Sekian.
dfnheartcore

Friday, March 23, 2012

Plastik Sampah lagi berkualiti kan?

Jangan ingat gua ni sampah.
Mungkin gua kasar.
Tapi gua bukan sampah.


Tahu plastik sampah? apa beza plastik sampah dengan plastik plastik biasa? ala, plastik kat kedai kedai runcit atau pasar malam, pasar tani, pasar borong dan seagainya.Plastikk sampah lebih besar. Lebih tebal. berbanding dengan plastik biasa.

Apa kena dengan plastik ni tetibe? da la lama tak update blog kan. pastu tetibe gua bantai berbual pasal plastik. dah kenapa? nak kena bekhen ke lu dipan? haa, gittew kan. biar gua terangkan.

Situasi Genting.

A : Kau ni, kau ni apa nak jadi? memberontak sana sini. jiwa kau tu penuh dengan berontak. biar apa yang orang orang tu nak buat. pakai pakaian punk boleh duduk office ke? biar dia nak pakai apa. kau fikir diri kau aja. buat fikir benda lain.

B: *sebak dada* kau tak tau. kau boleh cakap. ingat dorang pakai korporat mahal mahal tu baik ke? semua tu baik ke? berbanding dengan mereka yang bertindik, keluar sana sini. tu semua jahat ke?


haa, faham tak situasi tu?
Kenapa? Kenapa mesti jatuh hukum bila tengok dari luaran? salah ke untuk seseorang tu bersuara dengan apa yang dia minat? mungkin minat dia tu lain daripada lain. lain dari anak anak muda lain yang lebih meminati K-Pop, Hik Hok, Kelabing dan lain lain.

"Banyak penjahat berpakaian rapi"
-Marjinal-

Jangan tanya kenapa. gua memang suka ayat tu. kenapa?
Lu ingat semua yang bekerja di syarikat besar besar tu semua nya baik? ada yang baik. memang ada dan gua tak pernah nafikan. tapi selebihnya? Kalau dia seorang baik, dia tak akan fikir wang untuk perut dia semata mata. Kapitalis. Sejak zaman dahulu kala kita dilarang untuk menyokong kapitalis. tapi. tahun 2012 ni. apa yang kita boleh buat untuk pecahkan sumpahan kapitalis tu? apa? tak ada. semua tak berjaya. kerna manusia tipikal sekarang berfikiran bahawa mereka yang memakai pakaian yang kemas, rambut tersisir rapi, muka bersih tiada jambang dan misai, berbau wangian mahal tu semuanya BAIK, SUCI berbanding dengan budak jalanan, yang tidak mampu untuk memakai pakai rapi dan hanya menggunakan DIY sebagai kepuasan untuk menyumbang ke diri sendiri dan kawan kawan. Itu semua sampah bukan pada lu orang?

Tapi ingat, PLASTIK SAMPAH LEBIH BERKUALITI DARI PLASTIK BIASA.

Kenapa cakap 'budak jalanan' seperti kami ni sampah?
"apa yang dia sumbang kan untuk negara?"

APA YANG KAMI SUMBANG UNTUK NEGARA?
mengerah tenaga untuk membayar cukai sana sini, tax sana sini, itu bukan sumbangan ke? mana perginya duit tu kalau tak ke perut sendiri?
Bila pilihanraya, kemain lah semua bersihkan hati dengan 'air zam zam' untuk beri subsidi dan sebagainya.

HAKKKTUUIIIHH.

Jangan anggap kami sampah
terima kami sebagaimana kami TERPAKSA menerima kalian.
Kami bukan sampah. Kami bukan budak jalanan.
Ya, mungkin luarannya kami nampak hina.
Berapa jutawan dalam negara ni?
dan berapa ramai dalam kalangan jutawan tu menyumbang kepada anak anak gelandangan? anak anak yang jadi perlarian akibat sindiket jadi peminta sedekah dan sebagainya?
BERAPA RAMAI?
SATU NISBAH SEPULOH.
setidak-tidaknya,
semiskin miskin kami, kami prihatin terhadap mereka yang lebih memerlukan.
KAMI BUKAN BERTOPENGKAN ANJING WALAUPUN PADA MATA KALIAN KAMI ANJING.

HAAAKKKKTTTUUUIIHH.





*maaf lama tak meng-update. Busy. haha*

dfnheartcore

Thursday, February 9, 2012

Yang penting ku suka.






sampai hidupku ini tak punya rasa lagi
ku takkan berhenti tuk mengikuti kata hati (hoo hoo hoy)
sampai diriku ini tak punya daya lagi
ku takkan berhenti untuk mengapai mimpi mimpi
sampai jari tengahku tak bisa mengacung lagi
ku takkan berhenti walau harus naik gerbong lagi (heh heh hey)
ku tak peduli punyakau siapa yang penting ku suka
ku tak peduli walau kau tak suka
itu sudah biasanya membuatku semakin mengila
dan semakin tergoda yang menahan nahan derita
walau kawat berduri taruh dalam jerami
ku takkan berhenti kuikuti jejak kriminal
waktu trus berlari lari dan lari lagi
ku takkan berhenti tetap ku ikuti kata hati [yeahh]
ku tak peduli punyakau siapa yang penting ku suka
ku tak peduli walau kau tak suka itu sudah biasa(2x)


Santai kejap dengan lagu Marjinal ni.
apa yang berlaku dengan kehendak Tuhan.
aku manusia, kau manusia, dia manusia.
jalan hidup kita Allah yang susun.
Turun dan naiknya Allah yang buat.
Aku taknak menghukum sesiapa.
Sebab aku percaya,
sejahil mana aku, aku ada Dia.


Jom kita berpogo kejap! mihmihmih ;D




dfnheartcore.

Wednesday, February 8, 2012

MAKANAN BUKAN PERIUK API #2



Alhamdulillah, selepas MAKANAN BUKAN PERIUK API #1 diadakan pada bulan lepas, kami dapat teruskan lagi dengan MAKANAN BUKAN PERIUK API #2 (MBPA#2) yang kami plan lebih awal, lebih tersusun kaedahnya. Moga moga tidak lagi berlaku seperti yang lalu. hihi.

Ada orang tanya, kenapa kita tak join Food Not Bomb aja? sebenarnya, MBPA ni kita buat lain sikit yang mana kita lebih kepada individualis yang ingin melakukan kerja amal ni. kira kami ni tak kisah siapa yang nak join, atau siapa yg minggu ni join minggu depean tak join. dan kami juga bukan satu movement atau kolektif atau dari mana mana komunitas. dan insyaALLAH, kami akan bergerak secara menyeluruh yang mana kami cari sendiri si gelandangan tersebut.

so, kepada yang ingin join benda ni, dialu-alukan, kat laman blog ni ada gua punya ofisial fesbuk, boleh PM terus ke gua, atau email gua pun bisa aja :) gua hanya mampu hadiahkan Terima Kasih aja kepada yang sudi membantu dan support kami. selebihnya, gua serah pada Yang Esa untuk membalasnya. InsyaALLAH.







Santai sambil memasak :D





dfnheartcore

Saturday, February 4, 2012

Kain Pelekat dan Kain Batik.


Tadi gua ada pergi Occupy Dataran. gua saje nak pergi tengok tengok. kira first time lah gua pergi tu. menarik lah juga topik topik yang dibincangkan tadi. terutamanya pasal Hak orang melayu yang mana satu dari feberet gua.

Info dari Occupy Dataran tersebut, baru gua tahu pasal Artikel 153 dalam perlembagaan negara tersenta kita ni. loser kan gua? haha.

okay. gua taknak cakap pasal politik politik yang melibatkan parlimen apa semua. cuma gua nak kasi sikit pendapat pasal hak orang melayu ni.

Hak Bumiputera.
Pada gua, gua rasa memang gua ada isu dengan benda ni. nak diikutkan hati, gua memang tak setuju benda ni. mcm apa yang dinasihatkan oleh Suruhanjaya Reid dulu, Artikel 153 ni harus disemak semula selepas 15tahun Malaysia merdeka. tapi, apa yang gua tau, takde sebarang semakan. okay. letak tepi kejap pasal benda tu.

bila cakap pasal hak bumiputera, hak orang melayu, akan kuat dikaitkan dengan rasism. betul? kenapa ada hak orang melayu? org cina, india, iban, kadazan dusun, orang asli bagaimana? sebenarnya, gua sokong dengan statement Fahmi Reza. kalau kita sendiri ambil apa yang diberi pd kita sebab kita ni berbaju melayu dan berbaju kurung, mcm mana nak bantah benda ni? betul tak? tu maknanya kita macam selfish sebenarnya. cakap tapi tak buat. ini sebenarnya terletak dalam individu tu sendiri sama ada dia ada keghairahan yang memuncak untuk membantah rasism atau tidak. dah kalau sendiri amek kesempatan, acane pula?

gua tau, memang susah untuk menolak rezeki. orang kata, rezeki jangan ditolak, ye dak? tapi gua belum berpengelaman dalam menggunakan advantage sebagai orang melayu buat masa ni. gua tak pernah dapat biasiswa, gua tak pernah dapat potongan harga nak beli barang kat pasar, atau dapat buat passport dan IC dengan cepat. gua macam orang lain. mungkin ada family belah bapak gua pernah dapat. gua tak pernah tau. mak gua orang singapore so, tak ada kene mengena dengan hak hak ni lah. sudah tentu.

sebenarnya, minoroti kita untuk membantah hak orang melayu ni sangat kurang percentage-nya. pasal, kalau gua nak cari orang yang sanggup tolak 'hadiah' dari kerajaan pada orang melayu ni memang susah. mungkin ada, kita tak tau. tapi satu nisbah sepuloh lah kan? so, bagi gua, kalau kita betul betul nak bantah benda ni, kita kena bina satu benteng pertahanan 'hadiah org melayu' dalam diri lah. kita tak boleh lah terima sesuatu 'hadiah' dari kerajaan atas sebab kita orang melayu. so, kita juga akan rasa mcm mana tertindasnya orang cina, india, dan bangsa lain.
disitu baru adil dan saksama serta menolak rasism itu sendiri.

satu lagi, gua nak tekankan. apa ada dengan One Malaysia kalau Artikel 153 tu sendiri tak boleh nak dipinda atau dibubar? pada gua, One Malaysia ni cuma untuk dalam sesuatu aktiviti atau mungkin organisasi. mungkin nak buat satu aktiviti tu, kena ada berbilang kaum mcm Flashmob Satu Malaysia, mungkin. HANYA ITU. baik tak payah agungkan slogan One Malaysia tu kot rasanya. baik guna slogan, One Malaysia,sometimes ke kan? unik apa. style pun style!

apa yang gua mencarut ni adalah apa yang gua rasa. tak ada kene mengena dengan pendapat individu masing masing. gua kan manusia biasa yang ada pendapat sendiri serta hidup dalam negara yang 'demokrasi' kan?



santai lebih sikit sambil layan Cik Winston Merah.


Monday, January 16, 2012

MANUSIA YANG BUTA.



Megahnya engkau. Dengan gel rambut separuh botol di kepala. Tersisir rapi kononnya.Dengan baju yang punya garisan tajam. Ouch! boleh berdarah jari ni!Dengan kereta pacuan empat roda kilat berwarna kelabu. Fuh! Bergaya!

Kau babi!
Kau anak haram!
Kau sial!

Kasar ke bahasa ni? Kasar sangat ke perkataan perkataan gua ni? Kasar sangat ke perkataan perkataan gua yang gua tujukan pada mereka yang makan duit haram? duit hasil 'hadiah' ?

Apa itu hadiah? oh, tidak tidak. upah ya. harap maklum. upah sebenarnya. mungkin kasar sebenarnya.

PERGI MAMPOS!
lu dengan lu punya hadiah, lu punya upah, boleh pergi mampos!
gua harap gua tak jumpa lu orang lagi di masa hadapan.

gua taknak hulur duit pada orang tua gua dengan duit 'halal' lu orang tu! PERGI JAHANAM! gua bukan mata duitan. gua percaya rezeki tu dari ALLAH SWT. dan gua percaya, rezeki yang halal dan bukan yang 'halal' lebih banyak lagi di luar sana!
pergi mampos kau baruah!



maaf. gua emosi. gua sayang orang tua gua. gua sayang keluarga gua. gua sayang diri gua. gua sayang agama gua. pergi mampos lu orang!

manusia buta kerana duit.
manusia pekak kerana duit.
manusia bisu kerana duit.

mengapa?

bila dihulurkan duit, manusia buat buat tak nampak. langgar sudah!
bila dihulurkan duit, manusia buat buat tak dengar. biar aja!
bila dihulurkan duit, manusia buat buat tak tahu. senyap senyap aja!

semua duit! duit! duit!

kenapa perlu ada duit? pukimak!


ah! gua benci duit! tapi gua tak dapat nafikan kita perlukan duit. tapi kenapa perlu makan duit secara 'halal' dan bukan halal?

babi!pukimak!sial!lancau!
lepaskan diri gua dari terowong duit ni! gua rimas! gua semak dalam terowong duit ni!






p/s : manusia yang sanggup berbuat apa sahaja demi duit. mereka bodoh. fikirnya kalau duit yang dapat dari jalan yang salah itu mampu berikan bahagia. bodoh! pandai kau manipulasi manusia ya, wahai si mata duitan! pergi jahanam!





dfnheartcore.-

14 JANUARI 2012



MAKANAN BUKAN PERIUK API
MASJID JAMEK.


"Bagaikan semut hitam di atas batu hitam di tempat yang gelap"
Itu kata kata seorang gelandangan

Dalam flyers kata pukul 4. gua pun tak terlepas dengan janji melayu. akibat kelewatan gua keluar dari opis, jadi gua terpaksa drag benda ni sampai lepas magrib. dammit! biar gua story apa yang terjadi hari itu.

pagi pagi buta sesudah subuh gua terus bangun tidur. akibat gua datang bulan hari tu, so, gua tak dapat tunaikan solat subuh. so gua terus kemas kemas rumah. sementara nak tunggu pukul 8 pagi. pung pang pung pang, gua siap siap pergi opis. menjalankan aktivitas kerja gua sebagai pekerja kapitalis. pergi mampos! ahh!

pukul 2 gua baru dapat keluar dari opis. sepatutnya pukul satu. okay. gua mengaku memang macam bugiwak. gua terus shoot rumah. sampai2 rumah, macam biasa, gua akan bersihkan tahi tahi kucing gua yang agak boleh tahan meratanya. terus gua potong potong bawang lada dan lain lain. datang lah ekin iaitu housemate gua untuk menolong gua memotong. selebihnya dia menolong tengok. keh keh keh. memang banyak sangat halangan sebenarnya. dengan tade mangkuk besar, tak ada kuali langsung. memang susah untuk gua memasak. ekin pinjam kawan dia punya kuali. tapi kuali tu kecik aja. gua pula tebalkan muka gua untuk pergi rumah jiran meminjam blender. dah habis segan dah gua sebenarnya. lepas Amy dengan Afe datang rumah, gua mintak jasa baik Amy pergi pinjam kuali kat jiran. tapi yang gua dapat beberapa mangkuk besi yang pelbagai saiz dari jiran india gua (tingkat 10). lepas potong potong, sementara tunggu rendaman mee hun, gua siap siapkan bahan.

lepas semua bahan siap, gua mintak jasa baik Amy dengan Afe untuk beli bekas besar untuk gua letakkan mee yang dah digoreng. tapi, disebabkan kuali kecik, gua mintak jasa baik Ekin utk beli kuali. Alhamdulillah, lepas 3 round gua goreng mee tu, kuali besar sampai. sementara tu, Ieda dan Kimi sampai. haa, keceriaan di rumah gua bermula. haa, memang kelakar ah citer dia. hanya kami yang merasakan keceriaen tu. keh keh keh. akhirnya, dengan penuh gigih, siap mee hun 3kg. keh keh keh. sambil gua kemas rumah yang berkecah, Afe, Amy dan Ieda pergi bagi jiran jiran gua mee tu.

Tiba masa kami bergerak ke venue. time tu dah pukul 6 setengah. minta maaf sangat kepada Syafiq dan Afiq kerana dah tunggu awal kat Masjid Jamek. -.-"
sampai sampai, kami menghormati magrib, kami lepak kat mamak Grandma. oh, kami di hantar oleh Bam (Kawan ekin) Ekin tak ikot sebab PMS. -.-" sementara lepak lepak tu, gua dan ieda yang tak makan ni pergi Kamdar beli kain putih. lepas tu, gua terus ayat owner mamak tu, (perempuan indon sebenarnya) untuk pinjam meja. keh keh keh. ayat gua memang power. terus terus kitorang bergerak ke venue. mula mula tu, memang tak ada orang.

kami berpecah. ada ke arah kiri, ada ke kanan, ada yang jaga meja. banyak juga homeless yang kami dapat tarik. sedih sebenarnya cerita mereka tu.

ada satu pakcik tu dengan kaki yang tempang.
"kita dah macam gini, siapa nak amek kesah. adik beradik ramai. ada kat johor, ada kat melaka. tapi semua tak kesah dah."

ada satu abang tu.
"dorang pandang kita hina. cakap kita pemalas dan sebagainya. lepas mak meninggal adik beradik semuanya berpecah. bukan pemalas. abang dulu operation (sambil menyelak baju) tak boleh buat kerja berat. Tuhan aja mampu membalasnya"

ada astu cina mualaf tu.
"saya cina, masuk Islam. keluarga tak terima. saya minta sedekah. tak boleh pakai baju cantik cantik. (dihulur air kepada pakcik tu tapi dia menolak) takpe, Allah ada."

Ya Allah, luluh jantung gua. gua terfikir. mcm mana kalau bapak gua yang kat situ. Astaghafirullah. minta jauh.



Gua berjanji, selagi Allah murahkan rezeki gua, gua tak akan berhenti tolong mereka yang tak mampu. gua yakin, Allah tu MAHA PEMURAH, dan gua harap, gelandangan gelandangan tu diberikan satu cahaya kehidupan satu hari nanti.

yang penting, gua menghabiskan weekend gua dengan gembira. walaupun gua PMS time tu, tapi gua happy. sumpah gua puas! dan gua tak akan berhenti untuk puas selagi gua tak habis tenaga untuk menolong mereka.


Thanks tu Iera atas sumbangan duitnya. dan, thanks untuk semua tenaga yang membantu gua dan rakan rakan untuk jayakan aktiviti ini. yang paling penting gua bersyukur kepada Allah SWT kerana bagi gua satu kekuatan untuk gua teruskan aktiviti ni. Alhamdulillah.

Rezeki tu pinjaman Allah. kita patut kongsikan kepada yang memerlukan walau sedikit sahaja lebihnya. insyaALLAH DIA akan murahkan lagi rezeki kita.








dfnheartcore.-