Sunday, January 8, 2012

Battle? ni bukan Showdown.



New Year hari tu, gua ke Skaterock di Skate Park seksyen 13, Shah Alam. gua gerak dalam petang petang hari mcm gitu. akibat nak siapkan zine punya pasal. kehkehkeh.


Apa yang gua nak kongsi kat sini pasal event tu. ye. event tu pada gua amat lah best sebenarnya. dengan motifnya Fight for Drug Free apa semua. dan band band yang main hari tu memang best best. Contohnya Kids On The Move, Stubborn, Second Combat, Julie Goes Oversea, Heart-Attack dan lain lain. so, gua memang enjoy lah, lagi lagi dengan pacar pulak tu. eceh. *sila abaikan*

tapi apa yang potong kat sini adalah crowdnya. okay. tempat nya agak kecil. dan atas tanah ya. harap maklum. tapi ada lah juga moshpit. tapi pack nak mampos! sumpah. gua nak masuk pun seram.


apa pulak kena mengena event ni dengan tajuk di atas? okay. mcm gini cerita nya. lu orang pernah tengok Showdown? ala, program realiti yang bboy, battle, dance dance tuu. haaa, yang itu lah. kat 8tv tu kan? haa, lu orang tengok tak macam mana dorang battle time bottom 4 mcm gitu? siapa lebih hebat apa semua kan. haaa, tengok kan kan kan? tapi, itu hanya lah program realiti untuk bboy sahaja. mosh ada battle ke? -____-" seram gua dengar. siapa two step paling cantik dia raja two step. boleh bukak studio two step. err? macam pelik je gua dengar.


masa band KOTM, Second Combat, ada lah time time nak two step moshing dan lain lain. gua pun suka lah. tak lepaskan peluang untuk bertwostep. gua cuba lah sedaya upaya nak masuk. sebab crowd mcm nokharromm! gua tolak sana sini orang, gua terkeluar balik dari moshpit. biasalah, gua ni dah lah kecik je, ringan pulak tu. memang melayang layang lah kaedahnya. tapi gua tak putus asa. pada gua, lelaki dan perempuan tak ada beza. perempuan juga kuat dan ada kekuatan sendiri. jangan nak sexist sangat. gua pun two step lah. tetibe mcm dorang ni, kecoh kecoh, dtang ramai ramai twostep depan gua secara menghadap gua. gua pelik. apa ni? dorang nak battle ke? err? terpinga pinga kejap gua. gua pun macam, argghh! lantaklah.


apa yang gua terdengar hari tu, ada few crowd datang dari negeri lain. Sabah mungkin. dorang student sini kot. ayat yang dikeluarkan lebih kurang berbunyi begini "Haa, mari kita tengok siapa yang lebih kuat" err? moshpit dah jadi gelanggang wrestling ke? apa ni apa ni? yang jatuh tu takyah cakap lah. apa yang gua nampak, ramai sangat jatuh tergolek. yang mengangkatnya, muka yang gua pernah nampak kat gig hardcore. ya, mungkin dorang tau apa itu respect each other. yang lain, kalau ada orang jatuh, dorang bukan saja biarkan. malah pijak lagi. ada satu mamat tu kena macam tu. gua tak kenal siapa. gua sendiri 3 orang lelaki gua tolong angkat. even ada sekali tu, gua terjatuh terlentang then baru gua bangkit, ada orang jatuh depan gua, gua terus angkat.


kesimpulannya, gua rasa macam crowd yang penah pergi gig je tau apa itu respect each other tu. yang lain lain tak tau. apa benda ni semua?


RESPECT EACH OTHER tu adalah untuk umum! semua orang patut ada nilai ni. tak kira lah lu orang ni hadko ke, punk ke, metal ke, rock ke, bboy ke, dancer ke, mat surau ke apa ke, benda ni common. lu orang masa sekolah pun ada belajar Pendidikan Moral kan? haa, pandai pandai fikir lah ye.









dfnheartcore.-



2 comments:

dush said...

Jangan cakap kat skaterock je, dulu i pun kena kepong kat one cafe time i sedang two step. I buat bodoh jelaa..
Adalak ramai-2 kumpul depan two step menghadap i ramai-2. bagusnya kan. haha.

Pan. said...

yeah. dekat skaterock hari tu aku ada tolong budak jatuh. bila aku jatuh , budak yang aku tolong tadi tolong aku semula. respect! salut buat semua.