Sunday, January 8, 2012

Makanan Bukan Periuk Api VOL.1




MASJID JAMEK

SABTU

14 JANUARI 2012


Ni kira aktivitas pertama gua pada tahun ni dengan beberapa rakan. mungkin akan ada yang kata gua ni poyo lah, cari nama dan lain lain. tapi pada hakikatnya, gua buat semua ni kerana Allah SWT. bukan nak kata gua ni minah alim atau minah surau dan sebaginya. tapi pada gua, tak salah untuk gua kongsi sedikit rezeki yang Allah tu sendiri pinjamkan pada gua. tak salahkan?


apa yang mendorong gua kepada benda ni?

bila gua tengok pengemis pengemis, benda pertama gua aka terbayang, muka bapak gua. lepas tu, muka mak gua, atuk dan nenek gua, seterusnya, keluarga gua dan juga rakan rakan gua. gua bayangkan, macam mana satu hari nanti, gua jalan nak ke tempat kerja, dengan pakaian korporat sekali gua terpandang satu pengemis, dan pengemis itu adalah orang yang gua kenal. luluh jantung gua beb. sumpah gua tak sanggup.


selain tu, gua macam terbayang bayang, skang ni gua masih mampu hidup, makan walaupun nasi bujang sehari sekali. gua masih ada tempat tinggal, ada makan pakai dan mampu mandi serta gosok gigi. tapi gua bayangkan, sekelip mata Allah nak uji gua, dia tarik kesemua nikmat pinjaman tu, sampai gua pulak terpaksa tidur di jalanan, mengemis nak mintak makanan. macam mana agaknya? Ya Allah, mintak jauhkan lah.


Jadi, dengan perancangan terperinci denga rakan rakan lain, gua akan juga buat benda ni. sementara gua ada, gua nak kena beringat. bukan beringat jadi kedekut, simpan makanan dalam peti sampai berkulat. dari gua membazir macam gitu, ada eloknya gua sedekahkan kepada mereka yang lebih memerlukan. apa salahnya ye dak?


kepada sesiapa yang baca blog ni, serta tau akan aktivitas ni, gua harap, lu orang kalau mampu, tolong lah mereka. support lah aktiviti ni. bukan gua mintak lu orang punya makanan untuk gua makan. makanan tu semua akan di berikan kepada pengemis, homeless, gelandangan dan sebagainya. mereka memerlukan. buat ni kerana Allah. setiap yang kita buat biarlah kerana Allah SWT. bukan kerana nama, populariti dan lain lain.


Kalau nak pemes, gua sejes masuk Vokal, Akedemi Pantasia ke, Mentor ke atau program realiti semasa. ni bukan medium utk pemes. Harap Maklum








santai.






dfnheartcore.-





No comments: