Monday, January 16, 2012

14 JANUARI 2012



MAKANAN BUKAN PERIUK API
MASJID JAMEK.


"Bagaikan semut hitam di atas batu hitam di tempat yang gelap"
Itu kata kata seorang gelandangan

Dalam flyers kata pukul 4. gua pun tak terlepas dengan janji melayu. akibat kelewatan gua keluar dari opis, jadi gua terpaksa drag benda ni sampai lepas magrib. dammit! biar gua story apa yang terjadi hari itu.

pagi pagi buta sesudah subuh gua terus bangun tidur. akibat gua datang bulan hari tu, so, gua tak dapat tunaikan solat subuh. so gua terus kemas kemas rumah. sementara nak tunggu pukul 8 pagi. pung pang pung pang, gua siap siap pergi opis. menjalankan aktivitas kerja gua sebagai pekerja kapitalis. pergi mampos! ahh!

pukul 2 gua baru dapat keluar dari opis. sepatutnya pukul satu. okay. gua mengaku memang macam bugiwak. gua terus shoot rumah. sampai2 rumah, macam biasa, gua akan bersihkan tahi tahi kucing gua yang agak boleh tahan meratanya. terus gua potong potong bawang lada dan lain lain. datang lah ekin iaitu housemate gua untuk menolong gua memotong. selebihnya dia menolong tengok. keh keh keh. memang banyak sangat halangan sebenarnya. dengan tade mangkuk besar, tak ada kuali langsung. memang susah untuk gua memasak. ekin pinjam kawan dia punya kuali. tapi kuali tu kecik aja. gua pula tebalkan muka gua untuk pergi rumah jiran meminjam blender. dah habis segan dah gua sebenarnya. lepas Amy dengan Afe datang rumah, gua mintak jasa baik Amy pergi pinjam kuali kat jiran. tapi yang gua dapat beberapa mangkuk besi yang pelbagai saiz dari jiran india gua (tingkat 10). lepas potong potong, sementara tunggu rendaman mee hun, gua siap siapkan bahan.

lepas semua bahan siap, gua mintak jasa baik Amy dengan Afe untuk beli bekas besar untuk gua letakkan mee yang dah digoreng. tapi, disebabkan kuali kecik, gua mintak jasa baik Ekin utk beli kuali. Alhamdulillah, lepas 3 round gua goreng mee tu, kuali besar sampai. sementara tu, Ieda dan Kimi sampai. haa, keceriaan di rumah gua bermula. haa, memang kelakar ah citer dia. hanya kami yang merasakan keceriaen tu. keh keh keh. akhirnya, dengan penuh gigih, siap mee hun 3kg. keh keh keh. sambil gua kemas rumah yang berkecah, Afe, Amy dan Ieda pergi bagi jiran jiran gua mee tu.

Tiba masa kami bergerak ke venue. time tu dah pukul 6 setengah. minta maaf sangat kepada Syafiq dan Afiq kerana dah tunggu awal kat Masjid Jamek. -.-"
sampai sampai, kami menghormati magrib, kami lepak kat mamak Grandma. oh, kami di hantar oleh Bam (Kawan ekin) Ekin tak ikot sebab PMS. -.-" sementara lepak lepak tu, gua dan ieda yang tak makan ni pergi Kamdar beli kain putih. lepas tu, gua terus ayat owner mamak tu, (perempuan indon sebenarnya) untuk pinjam meja. keh keh keh. ayat gua memang power. terus terus kitorang bergerak ke venue. mula mula tu, memang tak ada orang.

kami berpecah. ada ke arah kiri, ada ke kanan, ada yang jaga meja. banyak juga homeless yang kami dapat tarik. sedih sebenarnya cerita mereka tu.

ada satu pakcik tu dengan kaki yang tempang.
"kita dah macam gini, siapa nak amek kesah. adik beradik ramai. ada kat johor, ada kat melaka. tapi semua tak kesah dah."

ada satu abang tu.
"dorang pandang kita hina. cakap kita pemalas dan sebagainya. lepas mak meninggal adik beradik semuanya berpecah. bukan pemalas. abang dulu operation (sambil menyelak baju) tak boleh buat kerja berat. Tuhan aja mampu membalasnya"

ada astu cina mualaf tu.
"saya cina, masuk Islam. keluarga tak terima. saya minta sedekah. tak boleh pakai baju cantik cantik. (dihulur air kepada pakcik tu tapi dia menolak) takpe, Allah ada."

Ya Allah, luluh jantung gua. gua terfikir. mcm mana kalau bapak gua yang kat situ. Astaghafirullah. minta jauh.



Gua berjanji, selagi Allah murahkan rezeki gua, gua tak akan berhenti tolong mereka yang tak mampu. gua yakin, Allah tu MAHA PEMURAH, dan gua harap, gelandangan gelandangan tu diberikan satu cahaya kehidupan satu hari nanti.

yang penting, gua menghabiskan weekend gua dengan gembira. walaupun gua PMS time tu, tapi gua happy. sumpah gua puas! dan gua tak akan berhenti untuk puas selagi gua tak habis tenaga untuk menolong mereka.


Thanks tu Iera atas sumbangan duitnya. dan, thanks untuk semua tenaga yang membantu gua dan rakan rakan untuk jayakan aktiviti ini. yang paling penting gua bersyukur kepada Allah SWT kerana bagi gua satu kekuatan untuk gua teruskan aktiviti ni. Alhamdulillah.

Rezeki tu pinjaman Allah. kita patut kongsikan kepada yang memerlukan walau sedikit sahaja lebihnya. insyaALLAH DIA akan murahkan lagi rezeki kita.








dfnheartcore.-

2 comments:

disaster me said...

moga niat baik korg allah berkati . ada masa buat kat jb eh kak :)

Kc Kasedah said...

yeay :)

Alahmdulillah!